TERKINI :

Tuesday, January 11, 2011

Alhamdulillah... Kedahlanie kembali beroperasi

 

Assalamualaikum...
Saya bagi pihak admin kedahlanie.. memohon berjuta kemaafan kerana masalah yang dialami dari jam 5.00 petang semalam 10/01/2011 sehingga jam 6.00 pagi ini 11/01/2011 bahawa blog " kedahlanie.blogspot.com " telah di tamatkan riwayatnya.

Punca tamatnya riwayat blog tersebut nampaknya masih lagi di kesan oleh sahabat IT kami, berdoalah semoga segala data dan file yang ada didalamnya dapat kita recover semula.

Oleh itu dengan lahirnya website baru ini diharap sahabat handai semua tolonglah hebah-hebahkan kepada semua rakan taulan cyber kita untuk memaklumkan rumah baru ini.

Sebarang cadangan dan teguran berkenaan rumah baru ini silalah gunakan ruangan komen yang di bawah ini...

Sekian.. Wassalam....

Kontroversi Interlok, Anwar kemuka saranan terbaik

http://www.s9.com/images/portraits/1074_Anwar-Ibrahim-Dato-Seri.jpg
Ketua Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul memberikan kenyataan paling rasional di tengah-tengah kontroversi novel Interlok yang divisif.

Anwar dilapor berkata tidak ada elemen perkauman dalam novel Interlok dan menyarankan pihak terbabit dalam kontroversi berbincang menyelesaikan pertikaian.

Beliau pada masa sama menyifatkan novel itu sebagai satu karya yang baik tetapi bukan istimewa, satu kenyataan yang mengimbangi sokongan beliau terhadap novel itu.

Anwar turut menyarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kira setiap teguran berkaitan karya itu.

Walaupun muncul agak lewat, kenyataan Anwar ini meletakkannya dalam posisi yang positif selepas PAS dikritik hebat aktivis seni ekoran pendirian parti itu tidak mempertahankan Interlok walaupun pernah berpendirian tegas mempertahankan novel Shit karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.

DUN TENANG : Itulah dinamakan UMNO/BN.. depa buat semua betul..!!

Tindakan Puad Zarkashi memalukan
Suhaizan Kaiat

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/12/Dun-tenang-copy.jpgTindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010 sangat memalukan khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor. Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan. Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut.

Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube. Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang turut hadir dalam taklimat tersebut. Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang.

Dalam 100 Hari.. PR cuma perlu RM19billion untuk laksanakan buku oren


Pakatan hanya perlu RM19 bilion untuk rakyat
Anwar Ibrahim

http://www.malaysiainfocus.com/wp-content/uploads/2010/08/Anwar-Ibrahim-001.jpgKenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Barang Naik, Ahmad Maslan Gelabah

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Pemimpin Umno masih rungsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara. Kenyataan  Datuk  Ahmad Maslan di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat Tenang  telah menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.

Ucapan Datuk Ahmad Maslan yang bertaraf Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan Umno Malaysia lebih bersifat emosi dan gelabah menghadapi kebangkitan rakyat, terutama generasi kedua Felda di Dewan Undangan Negeri Tenang. Tidak munasabah langsung cabaran beliau supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga di negeri yang mereka kuasai. Kenyataanya sama seperti kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Seri Muhyiddin Yasin yang mencabar pemimpin negeri Pakatan Rakyat naikkan gaji guru RM500. 00 sebagaimana janji dalam buku jingga.

Cara hack password FACEBOOK


http://www.greyreview.com/wp-content/upload/facebook_logo.png


Kali ini kita berkongsi cara dan tips untuk mengetahui Pasword Facebook rakan-rakan anda. Dah bersedia semua?. Okey jom kita pelajari kaedah-kaedahnya

Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengetahui password teman anda. Tapi ingat segala perbuatan anda ini anda tanggung sendiri, jangan disalahkan kami yang memberikan idea ini. Ok semoga anda berjaya : -

GAMIS sedia jadi penganjur debat


Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) bersedia menjadi perunding dan penganjur kepada debat antara Dato’ Seri Anuar Ibrahim dan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagaimana tawaran yang dibuat oleh Ketua Pembangkang beberapa hari yang lepas.

Mahasiswa melihat ini merupakan suatu ruang yang sihat bagi pihak kerajaan dan pembangkang menyatakan iltizam dan inspirasi dalam memacu program ekonomi Negara pada masa akan datang. anak muda memerlukan komitmen yang jelas daripada pihak parti politik supaya mereka khususnya mahasiswa boleh menimbangtara program terbaik yang ditawarkan.

GAMIS mengambil perhatian kepada tawaran yang dikeluarkan oleh ketua pembangkang, Dato’ Seri Anuar Ibrahim sebagi suatu usaha yang baik dalam pengamalan demokrasi Negara. Debat ini perlu dilaksanakan atas garisan akademik dan intelektual tanpa pengaruh emosi kepolitikan daripada kedua-dua pihak. Maka kami syorkan untuk debat ini diadakan dalam universiti yang menjadi medan pertempuran ilmu dan intelek dan bebas dari pengaruh politik berbanding diluar.

Ada berani ke Najib sahut cabaran Anwar nie.. Sembang belakang boleh la rasanya..

oleh AnakKedah007

Alahai berani ke mamat monggol tu sahut cabaran Anwar... ??

Felda Bangrap : Mana satu betoi.. Sinar Harian atau Utusan

Perdana Menteri Najib di dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (Rujuk Screenshot di atas) menggambarkan bahawa Felcra tidak akan bankrap memandangkan organisasi itu memiliki keuntungan yang konsisten setiap tahun sebanyak RM 1.1 Billion. [Sumber]

Namun laporan oleh akhbar Sinar Harian melaporkan berita yang sebaliknya dan jelas sekali bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri Najib yang mengatakan Felcra tidak akan bankrap. [Sumber]

Khairy Budak Cerdik Yang Akan Hilang

oleh Mohd Sayuti Omar

KETUA Pemuda Umno Malaysia yang tidak diikhtiraf kemampuan dan kemenangannya, Khairy Jamaluddin tidak mahu berkongsi rahsia pertemuan beliau dengan Presiden Umno, Najib Abdul Razak hari ini. Katanya biarlah ia menjadi rahsia beliau dengan Najib. Amboi...!

Memang itu hak Khairy dan beliau tidak perlu mendedahkannya. Tetapi adalah hak orang lain juga untuk membuat spekulasi apakah isi perbincangan di antara keduanya. Dalam masa lima minit pertemuan itu, selain Khairy menceritakan masalah dan potensi Parlimen Rembau yang diwakilinya, tentulah juga Khairy bertanya Najib mengenai kedudukannya dalam pilihan raya akan datang.

Ataupun Najib mungkin ada menyebut kepada Khairy yang menantu bekas perdana menteri itu harus berundur dalam pilihan raya akan datang. Atau Najib menggunakan bahasa isyarat atau bahasa tubuh untuk meminta Khairy berundur.

Kalau Najib menyebut secara terang juga tidak mustahil kerana isyarat dari Najib sebelum ini seperti tidak diendahkan oleh Khairy. Atau Khairy sekaan tidak mengerti dan peka kepada cara dan sinisme Najib berpolitik. Dalam sisi lain Khairy seolah ikhlas dan tulus, tetapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya tidak percaya kalau orang sepintar Khairy dia tidak tahu isyarat Najib.

“Penjelasan Terhadap Berita Dalam The Star 10 Januari 2011” - S/U Akhbar Presiden PAS

Artikel berita yang dimuatkan dalam akhbar harian The Star bertarikh 10 Jan 2011 dengan tajuk "PAS won’t bow to pressure from any quarter, says Hadi” adalah dirujuk. Adalah ingin dipertegaskan bahawa berita berkenaan telah memberikan gambaran yang salah terhadap ucapan Presiden PAS di Majlis Suai Kasih yang dianjurkan oleh PAS dan Pejabat Parlimen Titiwangsa pada 9 Januari lalu.

Presiden PAS sebenarnya menjelaskan bahawa PAS melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ianya adalah dalam kerangka perlembagaan persekutuan yang turut di pertahankan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Perubahan paradigm ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama yang dipersetujui sebagaimana yang dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat.

TAHNIAH HJ WAN SALLEH

oleh MerakBiuh

Salam to all

Selepas pemilihan 2010 yang lalu PARTI KEADILAN RAKYAT di katakan di landa krisis,bukan hanya lawan tetapi kawan juag memandang sinis apa yang berlaku.Apa pun ia seudah berlalu,setiap apa yang berlaku di jadikan pengajran dan pengalaman untuk masa hadapan.Namun sedikit sebanyak pahat yang berbunyi itu adalah lumrah berpolitik.Memandangkan PRU 13 SEMAKIN HAMPIR adalah lebih baik di rapatkan saf kepimpinan demi agenda rakyat

Kini terlah berlaku rombakkan KABINET PARTI KEADILAN RAKYAT setelah pemilihan 2010 berlangsung sperti yang di ketahui umum siapa yang menang TIMBALAN PRESIDEN dan siapa yang menang JAWATAN NAIB PRESIDEN.. 

Sebelah petang tadi di khabarkan PARTI KEADILAN RAKYAT telah memutuskan individu-individu tertentu untuk memimpin PARTI di setiap negeri di seluruh MALAYSIA.Untuk negeri KEDAH.PARTI KEADILAN RAKYAT memutuskan untuk melantik HJ WAN SALLEH sebagai PENGURUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI. Ini bermakna HJ WAN SALLEH menggantikan YB AHMAD KASSIM setelah menyandang jawatan tersebut lebih kurang dua tahun.Siapapun yang di lantik menggantikan orang yang terdahulu jika cara pentadbiran serta pengurusan PARTI tidak cekap.

Alahai Pemuda BN Kedah, awat tak cerdik?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA 

Pada hari kanak-kanak pra sekolah mula memasuki alam persekolahan untuk menjadi manusia yang cerdik, gerombolan Pemuda BN Kedah tiba-tiba ‘berpatah arah’ kembali menjadi kumpulan manusia yang nampaknya macam tidak berapa cerdik di atas tindakan mereka. 

Entah apa mimpi mereka, tiba-tiba Pergerakan Pemuda BN Kedah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa berlaku penyelewengan dalam pemberian kontrak pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah.

Pengerusi Pemuda BN Kedah Badrol Hisham Hashim berkata laporan itu dibuat memandangkan tindakan kerajaan negeri yang didakwa memberi projek pembinaan fasa kedua secara terus kepada sebuah syarikat bukan melalui tender. 

Malaysia Boleh : Sudah ada masjid guna Azan TV untuk ganti bilal

Oleh: Mat Zain Mat Isa
 
Memang tepat catatan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, bahawa Umno amat tidak serius membela agama. Penegasan itu antara 30 rasional terkandung dalam kertaskerjanya bertajuk ‘PAS Ganti Umno: Rasional dan Tindakan’ yang dibentangkan di Kuala Terengganu, baru-baru ini. 

Menurutnya, akibat sikap tidak bertanggungjawab Umno selaku tunjang pemerintahan negara dan beberapa negeri, banyak tercetus isu berkaitan agama yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.

Kes ketiadaan bilal dihadapi sebuah masjid di Terengganu sehingga memaksa jawatankuasanya memanfaatkan laungan azan di televisyen setiap kali masuk waktu solat mungkin contoh paling memalukan. Apatah lagi keadaan itu telah berlanjutan sejak hampir tiga tahun, bilamana kekosongan bilal gagal diisi oleh kerajaan negeri dipimpin Umno. 

Sebuah tabloid harian edisi Terengganu, Rabu (5 Januari) lalu memetik kenyataan Pengerusi Masjid Jamek Chukai, Abdul Hamid Johari mendedahkan perkara itu. 

Menurutnya, sejak seorang bilal masjid berkenaan bersara pada Jun 2008, seorang lagi bilal terpaksa memikul tugas setiap hari. Keadaan itu memaksa mereka meletakkan mikrofon masjid pada televisyen ketika masuk waktu solat sekiranya bilal terbabit sakit atau tidak hadir bertugas. 

Komplek Stesen Bas Sg Petani... Awat boleh tak siap-siap sampai ke hari nie...?

oleh AnakKedah007

Assalamualaikum....

hari nie aku nak komen pasai KOMPLEK STESEN BAS kat Sungai Petani. Bukan apa aku tengok sampai sekarang apa pon tak gerak kat atas tapak tuuu... just sembang kosong sahaja bila di tengoknya....

sebelum tu kita flash back dulu...OK kita balik ke belakang sat... tengok perlancaran gilang gemilang akan projek ini sebelum Pilihanraya 2008 dahulu... Aku tak kesah siapa yg lancarkan tu tapi yang nyata ia sebuah Kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat...


MAHDZIR Khalid (dua dari kiri) dan Adzmi Din (tiga dari kiri) bersama para pegawainya memerhatikan lakaran gambar kompleks stesen bas, teksi dan pusat perniagaan selepas merasmikan majlis pecah tanah di Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 5 Mac - Bandar Sungai Petani akan mempunyai mercu tanda baru apabila sebuah kompleks di tengah-tengah pusat bandar yang menempatkan stesen bas, teksi dan perniagaan bernilai RM120 juta siap sepenuhnya kira-kira dua tahun lagi.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kompleks pengangkutan serba lengkap berkeluasan 3.18 hektar tersebut akan dibina di tapak stesen bas sedia ada di Jalan Petri.
Katanya, projek tersebut dibina oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan usaha sama SPK Maju (M) Sdn. Bhd.
''Projek ini sebenarnya dirancang sejak 1993. Atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan ia terpaksa ditangguh....[Lagi..]
Isu ini rasanya aku nak tanya kepada YDP MPSPK sebab dia bos besaq yang handle projek nie... apa sudah jadi nie bos... takan tak ada mesyuarat kot pasai projek nie... takan boleh pandang sebelah mata akan projek nie... atau hangpa dah ada main pintu belakang.... atau hangpa sekadar lancarkan projek wayang gambaq sahaja untuk gula-gula rakyat semasa Pilihanraya ke 12 dahulu....

Kelebihan jala buatan tangan


Lee Beng Huat (dua dari kiri) melayan pelanggan yang mahu membeli jala buatannya di Kuala Kedah, Alor Setar, baru-baru ini.


ALOR SETAR 10 Jan. - Jala merupakan antara peralatan tradisional yang masih digunakan sehingga kini untuk menangkap ikan, udang serta hidupan air yang lain.

Biarpun jala yang dibuat menggunakan mesin di kilang banyak dijual di pasaran, jala yang dijahit dengan menggunakan tangan masih mendapat permintaan tinggi memandangkan jahitannya yang kukuh dan tahan lama.

Bagi seorang penjual jala buatan tangan di Kubang Rotan, Kuala Kedah di sini, Lee Beng Huat, 55, kualiti jala buatan tangan yang baik dan benang yang tidak mudah terputus adalah antara ciri jala yang sering dicari oleh pelanggan.

Dia yang turut mahir menjahit jala berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah namun disebabkan semakin uzur dia berhenti menjadi nelayan dan berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.

Kontraktor Melayu minta maaf ada rakaman video

oleh Mohd Sabri Said@HarakahDaily

GEORGETOWN, 10 Jan: Kerajaan negeri ada rakaman video menunjukkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil Hasan memohon maaf dan menarik balik semua kenyataan akhbarnya memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang media di pejabatnya tengah hari tadi tidak menyangka Fadzil bercakap 'tidak serupa bikin' apabila bertindak menafikan kenyataannya berbuat demikian dalam akhbar arus perdana semalam.

“Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkannya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya.

Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar.

Pelan 100 hari: Najib tak mahu bantu rakyat

oleh Nazri Abdullah@harakah

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pelan 100 hari Pakatan Rakyat sebagai bukti bahawa Umno BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini berkata, ianya juga membuktikan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi Umno BN itu apabila mendakwa pelan tersebut tidak berpaksi kepada kenyataan dan mempersoal punca kewangannya.

Sedangkan menurutnya, apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat itu adalah keperluan rakyat yang sememangnya di dalam kemampuan negara jika sumber hasil diurus dengan baik.

"Ini menyerlahkan bahawa mereka tidak mahu hapuskan tol, tidak mahu beri imbuhan kepada guru dan tidak mahu hapuskan Felda Plantation.

"Kita telah tunjuk bukti dalam masa yang singkat di negeri-negeri yang kita perintah termasuk Kelantan. Dulu orang kata Kelantan akan muflis dalam masa tiga bulan, tapi kita tengok sekarang sudah 20 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bidasan Najib yang dilapor media hari ini berhubung pelan tersebut.

PR yakin menang di DUN Tenang

SEREMBAN – Kemungkinan perlawanan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini, dikatakan sedikit pun tidak menggugat sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook berkata, pihaknya yakin masyarakat akan terus menyokong PR, sekali gus memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka.

Menurutnya, keputusan G Sivanandan, 50, yang mahu bertanding sebagai calon Bebas tidak akan memberi kesan kepada calon Pas.

“Masyarakat kini semakin bijak. Mereka tidak akan memilih individu yang tiada kekuatan dalam parti secara jelas, berbeza dengan calon PR yang sudah pastinya mempunyai nama dan mendapat tempat dalam hati masyarakat setempat.

“Malah saya yakin, PR dapat menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan cemerlang pada pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Belum Selesai isu Minyak Masak Mai Pulak Isu Bawang..!!

Isu harga bawang beban semua pihak

PEKAN SIK - Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai mendapati harga bawang mengalami kadar kenaikan yang amat ketara hingga membebankan semua pihak dan difahamkan senario ini sebenarnya sudah bermula semenjak musim perayaan Krismas lagi.

Salah seorang pengguna, Siti Korijah Mohd, 29, berkata, kenaikan harga bawang turut dirasainya apatah lagi sebagai salah seorang penjual nasi lemak dia terpaksa menggunakan banyak bawang besar untuk membuat sambal.

Katanya, dia sendiri terkejut kerana sejak akhir-akhir ini, harga bagi sekilo bawang besar adalah RM5 berbanding harga pada tahun lepas kebiasaannya sekitar RM2.50 hingga RM3 bagi jumlah yang sama.

“Kenaikan harga bawang sememangnya memberi kesan kepada kami terutamanya peniaga nasi lemak secara kecil-kecilan kerana perlu mengeluarkan modal yang lebih tinggi daripada biasa.

“Macam mana kami nak dapat untung lebih sedikit sekiranya harga modal tinggi, tetapi pulangan jualan tidak banyak mana kerana jika harga nasi lemak dinaikkan sedikit, pelanggan akan merungut sedangkan kami sendiri yang tersepit,” katanya kepada Sinar Harian.

Harga bawang melambung

oleh Sinar Harian

ALOR SETAR - Harga bawang melambung tinggi berikutan bekalan import negara berkurangan disebabkan bencana yang melanda India.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Mohd Sakri Salleh berkata, walaupun import negara sedikit susut apabila pengeluaran bawang dari negara itu terjejas, namun bekalan juga diperoleh daripada China bagi menampung permintaan pengguna.

“Kita banyak import bawang dari India, tetapi kita juga dapatkan bekalan dari negara-negara lain. Bekalan bukannya tiada di pasaran cuma harganya naik antara RM6 hingga RM8 bagi 5 kilogram/bungkus bawang besar,” katanya.

Minyak Masak Pun Tak Boleh Jaga

oleh monier mat din

Pagi tadi Ahad 10 Jan 2011, waktu pi beli barang dapur kat sebuah kedai runcit/borong di Pekan Padang Serai, Kedah, tauke tu dok buat lawak kata mungkin lepas ni minyak masak nak kena limit satu tong ka satu kilo ka satu family mcm kes gula hari tu.

Saya gelak saja lah sebab dok ingatkan dia buat lawak saja, sebab tak logik haih minyak masak nak kena catu; ya lah kat Padang Serai ni kalau hangpa lalu ikut BKE sampai Padang Meha atau pun ikut Pekan padang Serai menghala ke Baling ka, ke Sungai Petani ka hatta menghala Butterwoth sekali pun, kiri kanan hangpa boleh tengok pokok kelapa sawit sejauh mata memandang.

Pendek kata, kalau kat Padang Serai ni hatta kat Negeri Kedah ni sekalipun, hangpa boleh tengok pokok kelapa sawit merata, kalau org kata Negeri Kedah tak dak minyak masak walhal pokok kelapa sawit sepanjang jln dari Tol Bandar Bharu sampai ke Kulim sampai ke Bkt Selambau hingga ke Gurun dan merata lagu nu kiri kanan jln pokok kelapa sawit, maka tak logih haih minyak masak tak dak, umpamakan ada orang dok mai menipu kata itik mati kehausan waktu tgh dok berenang kat tepi tasik yang ayaqnya sejauh mata memandang.

Logik ka tak logik ka, maka mcm tulah ceritanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...