TERKINI :

Monday, December 12, 2011

Masa tiba untuk bangkit tumbangkan umno -bn

Kami (ABU) menyeru dan merayu kepada semua Warganegara Malaysia dari semua Etnik Bangsa dan Agama. Semua golongan pekerja tidak kira dalam apa sahaja bidang, semua Persatuan dan Pertubuhan baik Badan Kerajaan mahupun Bukan Kerajaan (NGO), Parti Politik Komponen Barisan Nasional, Parti Pembangkang atau Parti Politik Bebas, Golongan Profesional, Akademik, Cendiakawan, Mahasiswa/wi, Karyawan, Para Artis dan Pekerja Seni, malah semua Kelompok Rakyat Tersisih dan Tertindas (marginalised) seperti Kumpulan, Gelandangan (homeless), Penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau apa sahaja bentuk "Protes") rasa tidak yakin masing-masing terhadap UMNO/BN yang sudah "tidak sedar diri", korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini semakin nyata "BODOH & SOMBONG".

Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan mengambil sikap tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Tanahair Malaysia yang telah musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan sahaja sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu dinafikan begitu sahaja, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan tanpa diambil sebarang tindakan?

Selama hampir 54 tahun yang lalu kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang kepada kerosakan Tanahair Tercinta kita (Malaysia) akibat sikap kita yang sering "membiarkan", "tidak kisah" serta "ignorant" terhadap setiap tindakan UMNO/BN dalam menyemai kuasa kuku- besi mereka menjadi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.

ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya bangun dan berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang diamalkan oleh UMNO/BN.

Akibat dari pemerintahan dan pentadbiran "tidak bertanggung-jawab" UMNO/BN selama hampir 54 tahun menerajui Kerajaan Malaysia, kini rakyat semakin dibebani dengan kos kenaikan harga barang yang melampau. Ekonomi Negara kini semakin hari semakin terjejas. 80% rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang makin tinggi.

Kewujudan undang-undang kejam seperti ISA, OSA dan berbagai lagi Akta-Akta yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan nasihat rakyat tidak dipedulikan, bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dengan menggunakan undang-undang tersebut dan kini timbul pula Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.

Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik "pecah" dan "perintah" dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN. S elama hampir 54 tahun rakyat Malaysia diugut dan didodoikan dengan slogan perkauman sempit supaya mereka tetap mengundi UMNO/BN.

Keselamatan Rakyat dan Tanahair Tercinta Malaysia semakin terancam dengan wujudnya Kilang Lynas (sedang dalam pembinaan di Pusat Perindustrian Gebeng) dimana apabila ianya mula beroperasi kelak, kesan radioaktif akan membahayakan mereka dan Negara Malaysia akan lumpuh 100% sekiranya berlaku "kecelakaan" pada Kilang tersebut sebagaimana yang berlaku di Jepun beberapa bulan lalu.

Alasan sumber galian Petroleum semakin kering sering digunakan sebagai alasan (untuk meneruskan pembinaan Kilang LYNAS), kononnya Negara perlu mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara lesap entah ke mana. Pembinaan Kilang Lynas dikatakan akan memberi keuntungan baru kepada Negara walaupun ianya membahayakan rakyat.

Di Peringkat Negeri Kelantan pula, kita dapat saksikan betapa hampir 24 tahun Rakyat dan Negeri Kelantan dinafikan haknya dari segi pembangunan di mana semenjak pemerintahan bertukar tangan dari UMNO/BN kepada PAS, 118 projek Pembangunan bermula dari RMK-5 sehingga RMK-10 telah disekat oleh UMNO/BN yang menerajui Pentadbiran Kerajaan Pusat.

Selama hampir 24 tahun juga Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dari segi pembangunan infrastruktur apabila jalanraya-jalanraya utama yang penyeliaannya berada di bawah kawalan Kerajaan Pusat tidak diselenggara dengan baik malah Permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan Peruntukan bagi pemulihan dan pembinaan lebuhraya yang lebih baik untuk kemudahan Rakyat Kelantan juga diabaikan oleh UMNO/BN yang menerajui Kerajaan Pusat.

Begitu juga dalam isu Air Kelantan yang pada akhir-akhir ini dimainkan oleh UMNO/BN dan Semua Rakyat Negeri Kelantan juga perlu ingat bagaimana Hasil Bumi Negeri Kelantan iaitu Petroleum dan Gas dirompak dan dinafikan hak Royaltinya dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal berbeza dengan tiga Negeri lain dibawah kekuasaan UMNO/BN (Sabah, Sarawak dan Terengganu) yang menikmati pembayaran Royalti dari Hasil Bumi Petrolium dan Gas Negeri masing-masing.

Pada masa ini operator-operator kami (ABU) di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat agar lebih celik terhadap pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.

Ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur dan kritikal malah hampir sahaja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan untuk kita mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?

Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat "dayus" dan "bacul" kita dengan terus kekal takut untuk bangkit bersama rakyat berjuang menyatakan pendirian.

Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.30 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar. Forum ini akan disertai dan dihadiri oleh Pemimpin-Pemimpin rakyat dari seluruh Negara ini juga akan membuat satu pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara yang kami cintai ini.

*Kenyataan media oleh Sekretariat ABU (Asalkan Bukan UMNO/BN) Negeri Kelantan. Gambar di atas diambil di sidang media ABU yang diadakan di Kuala Lumpur.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...