TERKINI :

Friday, November 25, 2011

Selepas Kelantan Muhyiddin ke Kedah membawa lagu yang sama


Muhyiddin mengingatkan rakyat Kedah pula supaya jangan mengulangi kesilapan dahulu dengan memberikan kuasa pentadbiran Kedah kepada PAS. Katanya kerajaan persekutuan akan terus membantu rakyat Kedah tetapi jangan ulangi kesilapan dahulu dengan mengenepikan BN.

Saya ingin bertanya kepada TS Muhyiddin, apa kah kesilapan yang dilakukan oleh rakyat Kedah? Apa silapnya rakyat Kedah memberikan mandate kepada PAS? Apa kah untungnya rakyat Kedah jika kali ini memberikan mandat kepada BN khususnya UMNO?

Bukankah UMNO sudah memerintah negeri itu sejak merdeka tetapi keadaan negeri Kedah serupa juga. UMNO selalu memperkecilkan kebolehan PAS dengan mengatakan Kedah terlalu miskin dan rakyatnya miskin sejak PAS memerintah. Bagai mana rakyat Kedah boleh miskin kerana pemeritahan PAS kerana PAS baru memerintah negeri itu belum pun sampai 4 tahun.

Tidak kah Muhyiddin sedar yang kebanyakan mereka telah miskin dari dahulu lagi. Jadi selama 50 tahun BN memerintah kenapa mereka masih miskin (kalau benar mereka miskin)? Adakah BN bermaksud sejak 4 tahun dahulu rakyat Kedah menjadi miskin kerana PAS yang memerintah? Kenapa cepat sangat rakyat Kedah jadi miskin?

Memang benar Kedah merupakan negeri yang tidak sekaya Selangor tetapi kita perlu ingat dan bertanya kenapa tidak jadikan rakyat Kedah kaya raya selama 50 tahun BN memerintah? Kenapa?

Apa yang saya tahu Kedah di bawah pentadbiran Uztaz Azizan adalah dalam keadaan baik dan pemimpin UMNO sendiri mengandu dan menganda dengan pemimpin PAS itu. Menteri Besar PAS itu tidak menilai seseorang itu berdasarkan kepada fahaman politik mereka dan MB itu merupakan seorang yang magnanimous.

Pemimpin dan ahli PAS tidak diberikan peluang untuk mendapat kemudahan semasa BN memeritah dahulu, tetapi Azizan tidak berdendam dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

Kalaulah rakyat berfikir untuk memberikan mandat kepada UMNO siapa yang akan menjadi Menteri Besarnya? Bashah? Mahadir Khalid? Atau siapa? Adakah Jamil Khir Baharom pula yang hendak ditonjolkan? Atau Mukhriz Mahathir? Sebutkan sahaja satu di antara nama-nama ini, adakah berbaloi untuk menyebutnya.

Nama-nama yang saya sebutkan tadi semuanya bertanding dalam pilihanraya dahulu tetapi nama-nama ini tidak membantu BN untuk mengekalkan kerajaan Kedah di tangan BN. Mukhriz belum terbukti kepimpinannya kerana buat masa sekarang beliau ini bersandar kepada nama Dr Mahathir.

Jika Dr Mahathir sudah tiada saya percaya Mukhriz tidak akan mampu untuk menunjukan kepimpinan yang sepatutnya. Ramai orang Kedah memberikan pandangan ini kepada saya sejak akhir-akhir ini. Dulu ada DR Affifuddin, tetapi maklum sajalah UMNO, kalau ada orang berkalibar sedikit orang itu akan diketepikan kerana mereka berebut sesama sendiri. Itu sebabnya pemimpin lekeh-lekeh macam Bashah boleh menjadi Pengerusi Perhubungan…macam tidak ada orang lain.

Jadi peringatan TS Muhyiddin itu tidak membawa apa-apa 'consequence' dan tindakan rakyat Kedah memberikan mandat kepada PAS dalam pilihanraya dulu bukannya satu kesilapan. Sebaliknya memberikan kepercayaan kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka di Kedah itulah merupakan kesilapan.

Sesungguhnya peringatan Muhyiddin itu sendiri adalah satu kesilapan. Ramai rakan-rakan di Kedah menalipon saya yang mereka hanya mentertawakan kata-kata Muhyiddin semalam. "Kalau benarlah UMNO itu betul-betul mampu membawa pembangunan kepada Kedah kenapa Kedah miskin sedangkan negeri itu telah diperuintah oleh BN selama 50 tahun?" kata seorang guru besar yang telah bersara Jerlun?

"UMNO sekarang sedang membawa tempurung menadah simpati dari rakyat Kedah sambil memperlekehkan kerajaan Kedah pimpinan Uztaz Azizan. UMNO sekarang turun padang menjanjikan perkara yang sama sejak 50 tahun dahulu. Pembangunan…pembangunan…hanya UMNO boleh menentukan masa depan yang baik. Lima puluh tahun dahulu pun menjanjikan masa depan yang baik tetapi apa yang di tinggalkan kepada rakyat hanyalah kesusahan dan menyalahkan PAS yang baru 4 tahun memerintah Kedah.

Sebenarnya rakyat Kedah tidak melakukan apa-apa kesilapan dalam pilihanraya yang lepas. Yang melakukan kesilapan ialah UMNO, kalau tidak masakan UMNO ditinggalkan oleh rakyat jelapang padi itu.

Kalau pun UMNO hendak mencuba nasib untuk mendapatkan kembali pemerintahan Kedah, siapa yang hendak memimpinnya dan siapa pula barisan yang hendak mengambil alih itu?

Pertanyaan ini acapkali ditanya oleh ramai yang saya kenali di Kedah itu kerana yang hendak melakukan pengmbil alihan itu adalah di kalangan mereka yang sudah sah di tolak oleh rakyat di Kedah.

Eloklah Kedah kekal dalam tangan PAS itu. Aspan Alias

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...