TERKINI :

Saturday, October 15, 2011

Mamat angau nak jadi MB Kedah sembang Undang-Undang Murtad..

oleh AnakKedah007

Aduhai mamat BAKAL MB KEDAH yg seandainya BN MENANG PRU13 nanti mai nak habaq kat hang bab murtad nie PAS dah sembang lama dahhhhhhhhhhh...ulang dah lama dahhhhhhhhhhhh..... mai lanie hang pulak dok gatai mulut nak bercakap....cara hang cakap nie pon dah tau dah tak ikhlas pon nak buat undang-undang murtad tu sepertimana zaman bapak hang dulu.... jika UMNO tu ada teloq mai bawak masuk parlimen kita tengok sapa nak sokong tak sokong undang-undang murtad nie... takpayah dok sembang bangang laaa....

UTUSAN - Akta Murtad: Pas tidak boleh berdiam diri

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemimpin utama Pas digesa supaya tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu tanpa mengambil kira perbezaan ideologi dan pegangan politik.

"Sebagai parti yang berlandaskan prinsip perjuangan Islam, Pas harus ke depan dalam hal ini untuk bersama-sama menangani masalah itu secara berhemah.

"Sokongan yang diberi harus dibuat tanpa memihak kepada kepentingan politik parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria mencadangkan Akta Murtad bagi menghukum mereka yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam di negara ini.

Harussani mendedahkan seramai 260,000 umat Islam di negara ini telah dikristiankan pada 2008 dengan jumlah yang dikhuatiri meningkat saban hari.

Mukhriz berkata, Pas tidak boleh berdiam diri dan menafikan hakikat bahawa ada usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.

"Malah tindakan Pas yang tidak menyatakan pendirian berhubung isu itu sebenarnya cukup untuk menjadi penghalang usaha mewujudkan akta itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyokong Akta Murtad bagi memastikan akidah umat Islam tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pihak tertentu.

Mukhriz turut mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak memandang serong dan mempersoalkan usaha itu kerana ia membabitkan soal pemeliharaan akidah umat Islam dan tidak menyentuh hak-hak penganut agama lain di negara ini.

"Perlembagaan telah menetapkan orang bukan Islam tidak boleh mendakwah ajaran agama mereka kepada umat Islam.

"Sebarang usaha memesongkan akidah dan kepercayaan umat Islam adalah haram," katanya


HARAKAH : Akta Murtad, mujurnya kalau Umno sokong!
Mohd. Nasir Awang

Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad. Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad.

Ahli Parlimen PAS dari Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS telah memohon membawa usul yang dinamakan Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Dewan Rakyat. Malangnya, usaha sebegitu baik gagal disempurnakan. Ia ditolak sedari awal dan tidak diberi laluan untuk dibahaskan.

Punca utama ialah apabila ia tidak mendapat sokongan daripada walau seorang pun menteri, khususnya menteri dari Umno yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sedangkan menurut aturan dan peraturan diterimapakai Parlimen, sesuatu rang undang-undang yang hendak diterima untuk dibahaskan mestilah dikemukakan oleh seorang menteri dan disokong oleh seorang menteri lain.

Kes itu membuktikan betapa Umno sanggup mengenepikan kepentingan agama semata-mata demi menjaga imej dan maruah politiknya. Ia tidak bersedia untuk menerimapakai sebarang idea dan cadangan pihak pembangkang, lebih-lebih lagi sekiranya ia datang daripada PAS yang disifatkan sebagai 'musuh tradisi'nya dalam meraih sokongan masyarakat Melayu-Islam.

Keegoan politik itu telah menyebabkan Umno buta mata hati dan gagal membuat pertimbangan yang sewajarnya, walau pun apa yang dikemukakan PAS itu membabitkan soal menjaga kesucian aqidah dan kepercayaan umat Islam......

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...