TERKINI :

Wednesday, October 26, 2011

Laporan Ketua Audit Negara: Dah lama kita kena kelentong rupanya..

By Naruto
http://1.bp.blogspot.com/-8A9SqY51iCI/TqWype207XI/AAAAAAAAFU0/tkDm826eDxE/s1600/2011-10-25_024621.png

Hari ini Prof Aziz Bari membuat ulasan yang kontroversi lagi. Pastinya insan-insan yang cuba mencari populariti singkat akan mengecam beliau lagi dengan alasan beliau memang tak sokong biru. Apapun, sejak lama mengikuti penulisan beliau, saya rasa Prof Aziz Bari memang suka bercakap mengenai bidang yang dia suka, iaitu Perlembagaan Malaysia. Ada sekali dia 'attack' kepimpinan PAS dulu. Itupun masih lagi dihubung-kaitkan dengan ruang lingkup Perlembagaan Malaysia.

Kali ini beliau memberi komen pula mengenai prosidur pembentangan Laporan Ketua Audit Negara seperti mana yang diperuntukan oleh Fasal 107 Perlembagaan Malaysia. Terus terang saya katakan, memang selama ini saya tak pernah ambil pusing tentang peruntukan ini walaupun naskah Perlembagaan Malaysia yang saya beli semasa di universiti dulu dahpun dipenuhi habuk. Itulah fakta kebanyakan orang kita. Kebanyakannya berfikiran setelah lebih 50 tahun kemerdekaan, takkan kerajaan Malaysia masih lagi melakukan kesalahan didalam prosidur pentadbirannya.

Kata Prof Aziz Bari yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. "Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara."

Kepada pembaca yang ingin memahami isu ini dengan lebih lanjut, hal-hal berkaitan kewangan negara diperuntukan dibawah Bahagian VII kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu PERUNTUKAN KEWANGAN. Terdapat 22 Fasal di dalam bahagian ini dimana Fasal 96 hingga Fasal 112 diletakan dibawah Bab 1 - Am. Manakala Fasal 112A hingga 112D diletakan di bawah Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak. Fasal 112E telahpun dimansuhkan.

Isu-isu berkaitan audit negara diletakan dibawah Fasal 105 hingga Fasal 107 iaitu:
Fasal 105. Ketua Audit Negara
Fasal 106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara
Fasal 107. Laporan Ketua Audit Negara

Fasal 107 menyatakan:

Laporan Ketua Audit Negara

107.(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

107.(2) Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

Amalan yang dipraktiskan oleh kerajaan selama ini sepertimana yang dilaporkan dalam Malaysiakini adalah, "Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan."

Membaca peruntukan Fasal 107, saya tak rasa kenyataan Tan Sri Ambrin Buang seperti yang disiarkan menepati maksud yang dikehendaki oleh Fasal ini. Saya tidak mahu mempengaruhi pembaca tentang pemahaman saya tetapi saya rasa semua pembaca boleh memahami sendiri apa yang Perlembagaan kita mahukan dan apa yang telah kerajaan selama ini buat.

Meminjam kata-kata seorang kounselor ternama di negara kita, "renung-renungkanlah..... "

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...