TERKINI :

Wednesday, October 26, 2011

23 ekor kuda tak patut dibeli: Audit

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) tidak sepatutnya membeli 23 ekor kuda bernilai RM5.6 juta untuk Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) 2008 dan Pertandingan Ekuestrian Antarabangsa (WEG) 2010 serta Sukan Asia 2010 di China, menurut Laporan Audit Negara 2010.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Ambrin Buang berkata, sepatutnya hanya beli enam ekor kuda dengan nilai RM1.98 juta.

Katanya, kuda itu terpaksa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), MSN Terengganu dan Royal Terengganu Endurance Stable.

“Audit turut sangsi dengan pembayaran kepada satu �syarikat atas nama seseorang individu melalui rundingan terus tanpa pengetahuan Kementerian Belia dan Sukan, perolehan kuda tanpa surat tawaran dan tiada jaminan pembekal.

“Institut Sukan Negara (ISN) memaklumkan kepada audit, perolehan kuda melalui ejen perseorangan dilakukan kerana kosnya lebih murah. Apapun, kami dapati hanya lima ekor kuda layak dibeli bertanding,” katanya.

Daripada itu, katanya, 18 ekor kuda bernilai RM3.94 juta sepatutnya tidak dibeli kerana gagal memenuhi syarat yang dikeluarkan oleh Persatuan Antarabangsa Ekuestrian kerana mengalami kecederaan dan menghadapi masalah teknikal.

Ambrin berkata, perkara ini terjadi kerana perbelanjaan penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) 2008 tidak dibentang dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MSN dan Persatuan Sukan Kebangsaan.

“Malah MSN sepatutnya melantik beberapa pegawai dan setiausaha untuk menentukan kesemua perbelanjaan sukan bernilai RM 21.70 juta, bukan dilakukan ISN.

“Audit yang dilakukan pada Oktober hingga Disember 2010 mendapati, pembayaran kepada persatuan sukan itu tidak disediakan dengan lengkap dan perbelanjaan kepada program WEC tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan,” katanya. [Sinar Harian]

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...