TERKINI :

Thursday, August 18, 2011

Tafsiran Khianat mengikut kepala Panglima Angkatan Tentera Malaysia..!!!

PAT: Dakwaan undi pos diseleweng, pengkhianatan

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini menyifatkan mereka yang mendakwa pihak tentera terbabit dengan penyelewengan sistem pengundian pos sebagai tindakan pengkhianatan.

Dalam satu kenyataan media yang penuh emosi, petang ini, Zulkifeli mencabar mereka yang membuat dakwaan itu dan mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Angkatan Tentera Malaysia.

“Tindakan-tindakan seumpama ini boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan pengkhianatan dan harus dihentikan serta merta. ATM sebagai benteng pertahanan negara harus disokong dan diberi sokongan padu oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian politik...

“Diharap semua pihak tidak menjadikan ATM sebagai scapegoat dalam meraih sokongan dan memenuhi kepentingan mereka... Rakyat perlu menunjukkan sokongan, menghargai sumbangan dan peranan ATM.

“Dalam konteks ini persoalannya adalah 'How can we be loyal to you if you are disloyal to us'.”

http://www.malaysiakini.com/news/173400

1 comment:

wabillah said...

Allau dah tak betul saman saja la dok bising buat apa kan masing-masing ada bukti dan data





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...