TERKINI :

Thursday, August 18, 2011

PAPAGOMOGATE: Doa Tulang Besi Mula Makbul?

Tulang Besi merujuk kepada laporan Harakahdaily bertarikh 17 August 2011 bertajuk “Sita Gereja: Blogger UMNO Tipu”.

Artikel itu melaporkan seorang blogger UMNOPapagomo telah memalsukan sepucuk surat yang dikatakan dokumen rasmi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), yakni sebuah kerajaan tempatan.

Papagomi ini juga dengan berani mengaitkan beberapa pimpinan negeri Selangor seperti YB Nik Nazmi, YB Teresa Kok, YB Elizabeth Wong dan YB Khalid Samad kepada surat palsu itu, kononnya mereka-mereka ini telah menghalang MBPJ dari menyita Gereja Methodist Damansara Utama.

Tulang Besi merasa amat terkejut bagaimana blogger2 yang pro UMNO ini begitu berani memalsukan dokumen rasmi kerajaan walaupun ianya kerajaan tempatan. Adakah berbohong dan berdusta telah menjadi sikap asas kepada blogger-blogger ini?

Mengapa mereka tergamak memalsukan surat rasmi kerajaan tempatan MBSJ sebegitu sekali?
Tulang Besi juga terkejut bagaimana Papagomo tidak bersikap cermat di dalam memalsukan surat tersebut. Ini kerana surat palsu tersebut meletakkan Gereja Methodist itu terletak di Damansara Utama sedangkan gereja tersebut terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya.

Tulang mendapat maklumat pegawai-pegawai MBSJ telah melaporkan pemalsuan ini kepada pihak polis. Dengan erti kata lain, laporan Polis telah dibuat di atas pemalsuan dokumen ini.

Tulang Besi juga berharap pihak polis menyiasat serta mendakwa rakan-rakan Papagomo yang turut serta menyiarkan dokumen palsu ini. Rakan2 beliau seperti Parpukari dan RBF Online.

Sebaiknya, mereka disiasat dan didakwa di mahkamah terbuka sebelum didapati bersalah. Tulang Besi bukan pakar undang-undang, tapi rasanya terdapat berdozen undang-undang yang Papagomo serta rakan-rakan dapat didakwa kerana pemalsuan ini.

Elok rasanya Papagomo dan kawan-kawan beliau merengkok dalam penjara kerana pemalsuan yang telah mereka lakukan itu. Elok juga mereka duduk di dalam penjara di atas segala fitnah dan penipuan serta dusta yang telah mereka sebarkan dalam blog mereka, i.e. tuduhan liwat Saiful ke atas Anwar, tuduhan kononnya Johari Abdul meminta RM1 juta dari Dato T, tuduhan Dr Halimah ditangkap khalwat oleh JAIS dsbnya.

Papagomo dan rakan-rakan telah istiqamah menyebar fitnah dan dusta selama ini. Eloklah mereka ini dihumban ke dalam penjara.

Tulang Besi juga menyokong hasrat kesemua yang dikaitkan dalam laporan palsu itu untuk menyaman Papagomo dan rakan-rakan. Samanlah sampai ke tahap berjuta-juta sebagai tauladan kepada blogger-blogger UMNO yang lain supaya berhenti memfitnah dan berdusta.

TUlang Besi juga masih ingat doa Tulang Besi di hadapan Kaabah tahun lepas meminta Allah SWT melaknat Papagomo, Parpukari, RBF Online serta blogger2 UMNO di atas perangai kurang ajar mereka yang mempermain-mainkan hukum Qazaf. Tampaknya seperti doa Tulang Besi semakin dimakbul Allah SWT.

Tulang Besi
http://www.malaysiawaves.com/2011/08/papagomogate-doa-tulang-besi-mula.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...