TERKINI :

Saturday, August 13, 2011

Orang Islam yg suka meminta-minta nie orang tamak & boros - Kata Jamil Khir

Umat Islam dinasihat untuk menghindari sikap suka meminta bagi memastikan martabat umat Islam sentiasa terpelihara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan mereka yang suka meminta-minta sebagai tamak dan boros.

NONE"Contohnya kes di Negeri Sembilan, di mana seorang individu bukan sahaja telah menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal malah sanggup meminta bantuan dari sebuah gereja di Seremban," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam di kuala Lumpur malam semalam.

Memberitahu pemberita kemudiannya mengenai larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara semasa subuh oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya.

Pada majlis malam ini sumbangan sebanyak RM2.9 juta daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan disampaikan kepada 15,131 penerima sempena program Bantuan Ramadan.

Antara penerimanya ialah golongan saudara baru, fakir, miskin, penuntut Institut Profesional Baitulmal, anak-anak yatim Darul Kifayah dan penghuni Dar As Saadah.

- Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...