TERKINI :

Wednesday, August 17, 2011

Kalut dok tanya pendirian rasmi PAS, pendirian rasmi UMNO apa pulak?!!

Oleh: Saiburi Sudin

Lidah Rasmi UMNO Utusan Malaysia terus menjolok PAS untuk menyatakan pendirian rasmi parti berhubung isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Selangor.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS sudah menyatakan, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. Kenyataan itu merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church

“Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Selama ini pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

"PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut," tegas Mohamad Sabu.

Bila Timbalan Presiden yang bercakap, kira pendirian rasmi PASlah tu. Tak perlulah cop mohor dari penyimpan mohor besar raja-raja pulak.

Aku boleh baca, yang sebenarnya apa yang dimahukan oleh UMNO, bukan setakat kenyataan macam tu. Depa mau PAS isytharkan perang terhadap agama Kristian dan umumkan bahawa PAS akan bakar semua gereja di Malaysia... betul tak UMNO??? Depa provok macam-macam nak bagi PAS melatah. Depa harap bila PAS melatah, keluar kenyataan bukan-bukan maka masyarakat non Muslim yang tak tau apa-apa isu ni akhirnya nanti akan marahkan PAS. PAS bukan kecik anak dalam politik, sekilas ikan di air tahu jantan betinanya.

Manakala di kalangan masyarakat Muslim pula, UMNO berharap PAS keluar kenyataan mempertahankan pihak gereja, supaya nanti umat Islam nampak PAS tak prihatin isu murtad. Betul tak? Betulllll.

Malangnya, kedua-dua kenyataan yang diharapkan itu tidak muncul. Yang muncul ialah kenyataan rasional, berhikmah dan berpijak di bumi nyata. Meroyan UMNO dibuatnya.

Dalam sibuk-sibuk UMNO dok tanya pendirian rasmi PAS, ramai tak perasan rupanya UMNO pun tak pernah keluar sepatahpun kenyataan rasmi mengenai isu tersebut. Yang ada ialah kenyataan kecam PAS, kutuk PAS, fitnah PAS. Ayuh UMNO, ayuh Najib, Muhyidin.. keluarkan segera kenyataan bahawa pihak gereja tu jahat, puak kristian jahat. Hangpa ada ISA, ayuh gunakan ISA terhadap pihak gereja tu. Awat tak berani? Takut hilang undi? Awat yang hangpa lebih utamakan undi dari 'mempertahankan aqidah' (*mempertahankan aqidah versi UMNO)?

Perangai UMNO ini mengingatkan kita kepada pepatah Melayu Kedah 'Berkukok kok keok kok keok, tapi pungkok penuh taik!'.

http://kedahla.blogspot.com/2011/08/kalut-dok-tanya-pendirian-rasmi-pas.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...