TERKINI :

Sunday, August 21, 2011

Gempar...Mukhriz anak Che Det didapati terencat akal...

Speaker Kedah akan cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 20 Ogos: Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail (gambar) menerima

keputusan Mahkamah Rayuan yang menyerahkan kembali kerusi Kota Siputeh yang dikosongkan sejak tiga tahun lalu kepada penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sharif kelmarin.

Walaubagaimanapun, Dr Isa yang dihubungi memberitahu bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya dan menimbangkan kemungkinan akan mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat ini.

"Peguam saya sedang menguruskan untuk mencabar keputusan tersebut, insya Allah dalam masa yang terdekat selepas kita menerima dan menyemak hujah-hujah penghakiman berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya.

Semalam, media melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang menuduh beliau secara sengaja melakukan kesilapan apabila bertindak mengosongkan kerusi Kota Siputeh pada 2009 lalu.

Dr Isa berkata, dalam keghairahan anggota parlimen Jerlun itu memberikan kenyataan kepada media secara tidak sedar beliau telah menonjolkan suatu pemikiran yang tidak sihat.

"Mukhriz berkemungkinan sedang mengalami masalah pemikiran yang terencat apabila membuat tuduhan tersebut secara melulu. Kalau saya buat silap bermakna Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah dengan sengaja membuat kesilapan yang sama tiga tahun dulu," katanya sinis.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman pada 16 November 2009 telah memutuskan kerusi Kota Siputeh dikosongkan apabila penyandangnya gagal menghadiri persidangan dewan dua kali berturut-turut dan melanggari Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah-hd

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...