TERKINI :

Thursday, August 18, 2011

Betoikaa...Peluang BN rampas Kedah cerah...??

Peluang rampas Kedah cerah

ALOR SETAR - Peluang untuk BN merampas kembali Kedah daripada PPR yang diterajui Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah cerah.

Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, dengan menggunakan strategi yang tepat dan sistematik, tidak mustahil BN mampu memenangi kerusi yang kalah dengan majoriti kecil seterusnya kembali menerajui negeri ini.

“Jika kena dengan caranya, mempunyai strategi yang tepat serta sistematik selain semangat bersatu dalam kalangan ahli dan pemimpin, BN mampu menerajui semula Kedah.

“Sebaliknya, jika BN kecundang sekali lagi dalam pilihan raya umum ini, ia akan memberikan imej buruk malah tidak mustahil untuk Kedah terus ditadbir PR,” katanya.

Dr Mohd Azizuddin yang juga Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata, beberapa kawasan yang disenaraikan sebagai kawasan kelabu (grey area) di Kedah dilihat menjadi tumpuan BN dan PR dalam usaha meraih sokongan rakyat.

Menurutnya, jika BN berupaya menarik sokongan daripada masyarakat di kawasan kelabu, tidak mustahil untuk Umno kembali menerajui Kedah.

“Jika dinilai sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran PR di negeri ini, tidak banyak dasar baru yang dibawa sebaliknya banyak meneruskan dasar yang dibuat BN sebelum ini.

“Walaupun sokongan rakyat sukar untuk diduga, namun Umno dilihat mampu menawan semula kawasan yang kalah dengan majoriti tipis pada 2008 asalkan isu dalaman parti itu diselesaikan secara baik,” katanya.

Menurutnya, pilihan raya umum akan datang bakal menyaksikan pertandingan paling sengit antara parti yang bertanding, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi nasional.

“Saya melihat, sokongan rakyat di negeri ini terhadap BN ada, namun kemenangan BN di Kedah banyak bergantung kepada Umno.

“Isu seperti calon yang tidak mendapat sokongan sehingga menyebabkan wujudnya ‘sabotaj’, seperti yang berlaku dalam pilihan raya umum 2008 boleh menjejaskan Umno dan BN di Kedah,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9426498.asp

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...