TERKINI :

Thursday, August 18, 2011

Bagaimana Bahan Siasatan JAIS Boleh Terdedah kepada Blogger2 UMNO?

Hairan, sungguh hairan. Bahan siasatan JAIS ini adalah rahsia. Laporan JAIS juga rahsia. Malahan, JAIS tidak mahu bertemu PAS atas alasan siasatan masih belum selesai dan segala butir siasatan adalah rahsia.

Namun, bagaimanakah blogger2 UMNO yang bertaraf kaki fitnah dan pembohong boleh mendapat salinan rakaman video serbuan JAIS ke DUMC?

Bukankah salinan rakaman video itu bahan bukti yang sepatutnya dirahsiakan oleh JAIS?
Tidakkah ini menguatkan lagi teori bahawa JAIS bertindak di DUMC di bawah telunjuk UMNO.

Fakta menunjukkan, PEngarah JAIS serta Exco Agama sendiri tidak tahu menahu berkaitan serbuan itu. Namun, pihak Polis Diraja Malaysia di bawah pimpinan Hishamuddin Tun Hussein tahu akan serbuan itu.

Tapi, Tulang Besi bersyukur juga rakaman ini dikeluarkan sekarang. Apa yang Tulang Besi nampak hanyalah beberapa orang Islam yang menghadiri makan malam di sebuah dewan yang bukan GEREJA.

Itu sahaja. Tidak bijak UMNO mendedahkan video tersebut kerana tidak nampak bukti permurtadan yang didakwa oleh UMNO dan JAIS selama ini.

Sekian

Tulang Besi
http://www.malaysiawaves.com/2011/08/bagaimana-bahan-siasatan-jais-boleh.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...