TERKINI :

Wednesday, August 17, 2011

1,928,495 pekerja asing, Pati sudah didaftar


KUALA LUMPUR - Seramai 1,928,495 pekerja asing sah dan pendatang tanpa izin telah didaftarkan menerusi pejabat Imigresen dan syarikat pengurus di seluruh negara.

Timbalan Ketua Setiausaha Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Alwi Ibrahim berkata, menerusi jumlah itu, seramai 1,031,275 adalah pendatang tanpa izin yang didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.

“Berdasarkan pecahan, jumlah pendatang tanpa izin direkodkan di Sabah sehingga tamat pendaftarannya lima hari lepas ialah 161,548 orang manakala di Semenanjung Malaysia, seramai 869,727 orang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 673,127 orang berdaftar menerusi syarikat pengurus dan 196,600 orang lagi berdaftar di pejabat Imigresen.

Dalam perkembangan lain, Alwi berkata, Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada sebuah syarikat pengurus di Johor yang dikenal pasti melanggar aku janji yang ditandatangani dengan kerajaan membabitkan pengurusan Program 6P.

“Hasil pemantauan Jabatan Imigresen Johor, syarikat itu dikenal pasti telah menyalah guna Program 6P de-ngan menawarkan kad pengampunan bernilai RM3,000 kepada setiap pendatang tanpa izin yang berdaf-tar dengan mereka.

“Dengan menggunakan kad itu, pendatang tanpa izin dijanjikan bahawa mereka akan terselamat daripada tangkapan sedangkan kerajaan telah memberi jaminan semua pendatang tanpa izin yang berdaftar dengan program ini tidak akan ditangkap sehinggalah operasi penguatkuasaan besar-besaran dijalankan sebaik tamat pendaftaran, pengampunan, pemutihan dan pemantauan yang dijangka pada pertengahan November,” katanya.

Alwi berkata, syarikat pe-ngurus berkenaan diminta memberi jawapan balas dalam tempoh tiga hari sebelum kerajaan mengambil tindakan kemungkinan membatalkan sijil perakuan kebenaran operasi dikeluarkan KDN bagi program itu. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9434405.asp

1 comment:

Famili Ceria said...

tudia...jumlah yang tersangatlah besar....adakah PR masih boleh menang?

Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Impian Wanita Zaman Sekarang
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
3)Panas!! Wajah Penyamun Guna Asid





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...