TERKINI :

Sunday, July 31, 2011

22 Tahun PAS bertapak di KELANTAN tak ada lagi terjun bangunan SPRM KELANTAN..

SPRM K'tan nafi tak berani siasat kes babit k'jaan PAS

http://mymalaysiainfo.com/generalinfo/malaysian-flag/kelantan-flag/kelantan.gif
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya tidak berani melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan kerajaan PAS Kelantan.

Pengarahnya Nasaruddin Mohd Nor berkata sebagai contoh, SPRM telah menjalankan siasatan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman dan dakwaan kes penyelewengan dalam projek Bazar Tok Guru.

Katanya siasatan kes Abdul Ariffahmi yang merupakan menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun selesai dengan kertas siasatan telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan.

"Bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan dalam projek Bazar Tok Guru sehingga menyebabkan kerajaan negeri dilaporkan kerugian RM50 juta, pihak kita telah melakukan siasatan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi. Kita dapati tiada unsur rasuah," katanya.

Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 174 maklumat diterima berhubung kes rasuah di negeri ini dengan 17 kertas siasatan dibuka.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 10 tangkapan telah dibuat dengan lapan kes telah dibuat pendakwaan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas pengarah SPRM Kelantan yang baru disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan, di Kota Bharu hari ini.

Di majlis itu, Nor Rasmi Shaari yang sebelum ini timbalan pengarah SPRM Perak menggantikan Nasaruddin yang bertukar ke Putrajaya sebagai pengarah bahagian kecemerlangan dan profesionalisme.

- Bernama

Surat Habaq Pencacai mcm nie laa..BERSIH cuma 5K tapi PM turun PENDANG sampai 15k nak kata ramai..!!

15,000 belia BN berhimpun di Pendang? Kah Kah kah... lawak antarabangsa

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

MK takjub dengan kehadiran 15,000 belia 1 Malaysia di Pendang menyambut kedatangan Najib haritu. Sebabnya himpunan Bersih 2.0 yang diadakan di KL 9 Julai lalu berjaya menghimpunkan seramai 6,000 orang (mengikut laporan media-media pecacai UMCO). MK tengok semua video Bersih 2.0 berkali-kali, semua yang mana depa upload dalam internet MK tengok satu persatu, jumlahnya terlalulah amat ramai, tetapi MK tak mahu nak bantah jumlah 6,000 yang dilaporkan itu. Maknanya MK terimalah bahawa semua yang berkumpul di KL sampai tak nampak penghujung lautan manusia tu jumlahny 6,000.

Apabila media yang sama laporkan jumlah pemuda UMNO yang berhimpun di Pendang ialah 15,000.. lebih dua kali ganda dari himpunan Bersih 2.0, maka terbayanglah ramainya manusia yang berhimpun di Pendang tu...dari Kota Sarang Semut hingga ke Titi Haji Deris pakat bersesak-sesak, berhimpit-himpit orang ramai dalam himpunan bersama Najib tu.

Untuk kepastian MK rujuk pada sorang rakan yang tinggal berhampiran pekan Pendang. "Tuihh 15 ribu.. kalau ada 5 ribu pun ramai," jerkah kawan MK. Beberapa fakta yang kawan MK dedahkan:

1. Belia yang pi dijanjikan RM15 dan sehelai T-shirt, malangnya bukan semua dapat cukup RM15... ada yang dapat cuma RM5, broker sapu RM10..

2. Bukan semua belia.. ramai yang tua, veteran.. habih semua UMNO kerah makcik-makcik dan pakcik-pakcik mai berhimpun. Kesian kepada warga emas yang tidak berdosa itu menjadi mangsa kerahan tenaga UMNO Bahagian.

3. Khemah Marquee tent yang disediakan penganjur cuma untuk 3,000 orang, malangnya masih ada kerusi tidak berisi.. kok mana mai 15,000??? Agaknya depa kira sekali dengan kerusi lepas tu kali tiga.. kah kah kah ini dah kira lawak antarabangsa.

Tak apalah.. kita jangan kutuk UMNO teruk sangat dekat-dekat nak masuk posa ni. Biag pilah depa syok sendiri, pasang angan-angan nak tawan semula Kedah. Akhirnya Kedah tak tertawan, Pusat PR tawan.. depa jadi tak ketahawan.

Wahai UMNO, bertaubatlah.. kembalilah kepada Islam sebagai cara hidup

Oleh: Tok Senapi

Hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Hati setiap Mukmin sangat gembira untuk menerima kedatangan Ramadhan, manakala hati golongan munafik sudah mula berkeluh kesah.. macam mana nak makan di siang hari, macam mana nak berhibur, khususnya di Kedah golongan yang hidup dalam dunia laghaa dan kepura-puraan gelisah kerana pusat hiburan ditutup sepanjang Ramadhan.

Mulanya golongan kaki maksiat ini menggunakan kelompok parti anti Islam seperti MCA dan Gerakan wal harbi untuk menyerang kerajaan negeri. Mereka berharap bila kuatnya tekanan kedua parti anti Islam itu, terutama Gerakan melalui peguam mereka Tan Keng Liang menyaman kerajaan negeri maka kerajaan negeri akan beralah lalu membuka kembali pusat hiburan maka 'raya hinu' sakanlah puak-puak kaki maksiat ini.

Malangnya mereka kecewa bukan kepalang apabila kerajaan negeri tidak bersetuju menarik pengharaman pusat hiburan untuk pengusaha dan pelanggan Islam. Maknanya orang Islam kat Kedah tak boleh lagi berkaraoke di bulan Ramadhan.. adusss kecewa bukan main puak-puak kaki maksiat tu. Sebagai melepas geram mereka menuduh 'PAS tunduk pada DAP' walhal depa kecewa kerana tak boleh pi dok berseronok suka kat pusat hiburan.

TS masih ingat PRU ke 12 lalu, orang UMNO keluarkan risalah mendedahkan perangai seorang calon UMNO (mestilah dari kem yang berbeza) yang menghabiskan duit berbelas ribu semalam bersukaria kat Danok. Nak tak percaya pun yang cerita tu orang UMNO.. takkanlah UMNO nak memburukkan orang UMNO sendiri kalau cerita tu tak benar.

Cerita bekas Exco UMNO buka pusat karaoke haram kat Jalan Alor Mengkudu dah heboh pun sedenia. Puak yang datang berhibur kebanyakannya veteran-veteran UMNO. Melalak malam-malam macam suara katak pisang, membingitkan telinga orang kampung kat Kelompang dan Tok Keling.

Berhibur berlebih-lebihan tanpa batasan ni dah jadi budaya hidup UMNO turun temurun. UMNO dan pusat hiburan sudah sinonim. Sebab itulah pemimpin mereka boleh sebut bahawa berlaku pertambahan pusat hiburan di Kedah, terutamanya rumah urut. Mereka biasa sampai sebab itu mereka tahu.

Termasuk TS ni sendiri... mengakui bahawa tak reti apa satu pasai rumah urut selama ini. Dok ingat ke rumah urut tu tempat orang lelaki urut orang lelaki, perempuan urut perempuan atau macam rawatan reflexsologi tu. Rupa-rupanya seorang rakan UMNO beritahu 'rumah urut' asal memang macam tu tapi disalahgunakan sebagai tempat persundalan. Ishh kalau macam tu kerajaan negeri kena desak polis bertindak segera, sebab pejabat daerah mana ada team penguatkuasaan yang kuat dan efisien untuk hadapi tu. semua Yang boleh hadapi cuma polis.. ada pistol, ada gari, gas pemedih mata dan air gatai.


Terbayang di benak fikiran UMNO dahsyatnya UMNO dengan maksiat. Merekalah yang membudayakan maksiat dan merajai kegiatan maksiat. Selama separuh kurun mereka berkuasa, umat Melayu Islam sudah musnah angkara industri maksiat.
Maka di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini TS merayu kepada UMNO yang masih berbaki sisa-sisa iman di dada mereka marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar jauhilah maksiat dan mungkar. Gunakan kelebihan kamu berkuasa di pusat untuk mengarahkan pihak polis membantu membanteras maksiat habis-habisan.

Akhir sekali... kepada ahli-ahli biasa UMNO gunakan kesempatan Ramadhan untuk bermunajat kepada Allah bagi memberi taufik dan hidayah dalam hati-hati kita semua untuk mencari dan berpihak kepada kebenaran. Tentulah nanti Tok Non adalah orang pertama yang mengalirkan air mata kegembiraan apabila ahli-ahli UMNO kalian bersetuju untuk meninggalkan perjuangan UMNO yang karut dan memecahbelah perpaduan ummmah itu.

Wahai saudaraku UMNO, jadikanlah Ramadhan bulan untuk berhijrah...

Maut kerana permainan video


CHRIS STANIFORTH


SHEFFIELD, Britain - Kegilaan seorang pemuda, Chris Staniforth bermain permainan video Xbox hingga 12 jam sehari menyebabkan nyawanya melayang apabila saluran darahnya tersumbat, lapor sebuah akhbar semalam.

Bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.

Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.

"Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu," kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth.

Menurut David, anak lelakinya itu mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum rebah baru-baru ini.

Lelaki berkenaan memberitahu, anaknya tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya atau komplikasi kesihatan sebelum ini.

Terima kasih Bersih, kini masa rakyat bantu SPR atasi dilema

July 30, 2011

Hadirin yang mengambil bahagian dalam forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Proham semalam. — Foto oleh Choo Choy May
ANALISIS, 30 Julai — Tiada apa yang paling menyakitkan melainkan segala apa yang diperkatakan ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia.

Mungkin itu yang dirasai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar apabila pada dua pertemuan berturut-turut dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevesan menyaksikan rakyat tidak mempercayai ketelusan agensi itu.

Dalam dua pertemuan iaitu Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf Selasa lalu dan forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) semalam, secara jelas rakyat banyak mempertikaikan sistem pilihan raya yang dijalankan SPR sambil mendakwa agensi itu tidak telus.

Berbanding dengan pertemuan pertama, Wan Ahmad lebih banyak dicemuh dan diejek oleh orang ramai yang menyertai wacana itu, namun dalam forum semalam, pemimpin nombor dua SPR itu kelihatan semakin yakin dan bersedia dengan soalan-soalan yang dikemukakan.

Walaupun masih bersikap mempertahankan diri dengan mengatakan SPR tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0, namun Wan Ahmad cuba mengambil hati dengan mengatakan perkara itu boleh dibincangkan agar ia dibawa ke peringkat atasan.

“SPR ditubuhkan di bawah peruntukan 114 Perlembagaan Perseketuan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, saya tidak boleh buat keputusan sendiri kerana kita ada tujuh ahli panel yang lain.

“Tolong faham, SPR bukan badan penguatkuasaan...kami hanya badan menguruskan pilihan raya dan kami tiada kuasa untuk laksanakan perkara yang di bawah kuasa kami, apa yang kami boleh lakukan adalah buat cadangan kepada Jabatan Peguam Negara dan kemudian terserah kepada kerajaan untuk putuskan yang mana ia akan dibahaskan di Parlimen,” katanya pada forum semalam.

Malah dalam ucapannya, Wan Ahmad beberapa kali menegaskan, SPR tidak boleh melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 seperti mana yang dikatakan pada pertemuan pertama di Shah Alam.

Walaupun terus diasak dengan pelbagai persoalan mengenai sistem pilihan raya, lapan tuntutan Bersih 2.0 dan pendaftaran automatik Wan Ahmad tetap mengatakan “ia boleh dibawa berbincang.”

“Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan (cadang) pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh digubal oleh Jabatan Peguam Negara.

“Dalam soal daftar undi automatik, kita tidak boleh paksa mereka mendaftar kalau mereka tidak mahu, mungkin kita fikir umur 21 tahun perlu mendaftar, tapi ada orang yang berfikiran berlainan.

“Kerajaan ada polisi, kita boleh usulkan atau beri apa sahaja cadangan, tapi kalau kerajaan setuju baru ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu Ambiga, yang mendapat sokongan padu rata-rata peserta pada kedua-dua program itu tetap menegaskan, SPR mempunyai kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.

Bahkan bekas presiden Majlis Peguam itu tetap mahu SPR menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13, sekiranya sistem biometrik masih tidak boleh dilaksakan.

Mengaku tidak akan menolak mana-mana sistem termasuk sistem biometrik jika terbukti baik, Ambiga yang mewakili 62 badan bukan kerajaan (NGO) mahu ia dikaji dan diteliti secara terperinci sebelum dilaksanakan.

“Dakwat kekal lebih murah dan berkesan daripada sistem biometrik, kalau mahu laksanakan sistem biometrik banyak perkara yang perlu dilakukan termasuk penjelasan kepada rakyat.

“Kita tidak mahu ia dibuat dengan terburu-buru kerana ia boleh mendatangkan masalah, jadi lebih baik gunakan dakwat kekal jika ia masih belum boleh digunakan,” kata Ambiga yang sentiasa mendapat sorakan dan tepukan gemuruh.

Menurut Wan Ahmad, walaupun sistem biometrik masih di peringkat kajian, namun beliau yakin ia adalah kaedah terbaik untuk menangani isu pengundi hantu yang sentiasa menghantui sistem pilihan raya.

Setiap kali pilihan raya diadakan isu pengundi hantu akan sentiasa menjadi topik utama parti pembangkang dan SPR tetap menafikan kesahihan dakwaan itu.

“Satu-satunya jalan terbaik untuk mengenal pasti kewujudan nama pengundi bertindih adalah melalui sistem biometrik,” katanya.

Walaupun SPR dilihat menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat ekoran sikap berat sebelah agensi itu, namun sesi dialog secara terbuka boleh memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang berbangkit.

Malah dalam pertemuan kedua semalam banyak pandangan dan jawapan yang diberikan Wan Ahmad boleh diterima walaupun masih ramai yang tidak berpuas hati.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, yang mungkin diadakan penghujung tahun ini, adalah amat wajar sekiranya sesi dialog oleh SPR diperbanyakkan agar rakyat terutamanya pengundi luar bandar yang tiada akses kepada Internet dapat mengetahui maklumat terkini tentang usaha-usaha yang dilakukan agensi itu.

Kita kena mengucapkan terima kasih kepadaa Bersih 2.0 kerana mengetengahkan isu-isu yang tidak diketahui ramai.

Wacana dan forum terbaru ini menunjukkan ada kekurangan dan kelemahan dalam sistem SPR sendiri.

Sebagaimana diharapkan kerajaan perlu memanggil satu panel khas merangkumi semua pihak bagi memperbaiki sistem yang sedia ada.

Rakyat perlu membantu SPR jika SPR tiada kuasa. Rakyat kena memberi SPR kuasa jika kuasa itu yang diperlukan.a

Najib PM Terakhir Umno

Oleh Hasmi Hashim

“Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan”.

~ A. Samad Shttp://1.bp.blogspot.com/_xCW4Jfa-SWE/TVVqRd4MVrI/AAAAAAAALrg/0VkmSiMeQsw/s400/najib-tun-abdul-razak.jpgaid, Sasterawan Negara.

Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden.

Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi—Bersih 2.0.

Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang ‘sebenarnya’ terjadi. Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama.

Saif menuduh pendemonstran yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda. Mereka juga kata Saif, “pengkhianat” yang bermunculan daripada pendalaman—sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman.

Tuduhan “pengkhianat” mahupun “al-Qaeda” tak ubah seperti tuduhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan raya kelmarin dalam demontrasi Bersih 2.0. Di sini, pemimpin dan aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu meski dengan anak-isteri.

Revolusi di beberapa negara Arab awal tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati rakyatnya. Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai ditolak. Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri.

Sedar tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni Mubarak adalah persoalan ini. Dia ditumbangkan kalamana Mubarak khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah siapkan dari rahim isterinya, Suzanne. Menjadi rahsia umum di Mesir bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai Presiden.

Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak berlaku di mana-mana. Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu. Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai “golongan bangsawan”.

Cacatnya golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit) takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah. Jauh lagi untuk fahami. Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti kebangsaan. Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya.

Pak Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya juga perdana menteri. Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada lingkungan keluarga bangsawan [barangkali] cuma Dr Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan.

Rakyat selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik dan pentadbiran. Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah dilakukan oleh bapanya. Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak. Padang permainan tak pernah sama rata…

Memandang kepada susur-galur Dato’ Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato’ Onn iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka. Masing-masing buat endah tak endah terhadap antara idea utama Dato’ Onn iaitu gagasan mahu menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum. Masing-masing hanya menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan.

Gamal si anak Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan perbankan di Bank Amerika. Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan setiausaha agung—di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di jawatan-jawatan berpengaruh.

Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas.

Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa ‘gerun’ di hati rakyat terbanyak—sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.

Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25?

Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemoh kawan-kawan…

Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina. Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol. Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik.

Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa ‘lusuhnya’ Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal. Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden. Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu. Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia.

Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan. Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, “Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan Umno-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh.”

Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya—sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai.

Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak. Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari Umno yang mewakili sistem sebegini. Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa.

Isu Baharuddin: Shuhardi nafi sembunyi, tak mahu bantu siasatan polis

July 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Shuhardi Md. Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

“Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis),” katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya.

“Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

“Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

“Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu,” katanya.

“Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya,” katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi “facebook” dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua “aksi” kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin sendiri.

“Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah “desperate” untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah,” katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740.a

Dekat Pilihanraya, Baru Sedar Barang Keperluan Mahal

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Di antara tanda pilihanraya ialah setiap h hari ahli Pas masuk umno. Tanda khttp://dapmalaysia.org/newenglish/images/sibu4change/barang_naik_01_full_size.jpgedua apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barang. Hari ini pula media mengumumkan Datuk Seri Najib mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat.

Beliau dengan penuh bangga menyatakan bahawa kerajaan akan menambahkan lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Ini adalah petanda pilihanraya sudah hampir. Dekat pilihanraya baru Datuk Seri Najib sedar barang keperluan rakyat melonjak tinggi. Datin Rosmah tidak tahu berapa harga gula sekilo. Beliau hanya tahu membeli belah dan boros berbelanja tanpa memikirkan majoriti rakyat terpaksa mengikat perut kerana kenaikan harga barang.

Malang rakyat Malaysia mendapat pemimpin yang reaktif, bukan pro aktif ketika merangka dasar pembangunan ekonomi rakyat. Kenapa sekarang baru hendak memikirkan untuk menjana tanah di negara ini supaya harga makanan tidak naik. Sudah berapa lama pemimpin pembangkang menasihat kerajaan supaya jangan tinggal industri pertanian, kerana ia melibatkan keselamatan makanan.

Malaysia sepatutnya tidak terkesan dengan iklim ekonomi dunia jika negara mempunyai asas kuat dalam sektor pengeluaran makanan. Sebaliknya Malaysia suka mengimport makanan supaya memberi peluang kepada suku sakat umno Bn, biar pun rakyat yang terbeban. Contohnya pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan import pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990. Pada tahun 2010 jumlah import makanan telah mencecah RM26.7 bilion.

Apabila dekat pilihanraya baru hendak berlakon kononnya pemimpin negara ini menyelami penderitaan rakyat. Kita menyeru rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan yang lebih adil dan bijak mengurus. Ini telah dibuktikan di Kelantan walau pun dengan kekangan kewangan namun pemimpin yang diberi taufik oleh Allah memfokuskan kepada usaha untuk menyenangkan rakyat

Sepatutnya pemimpin Bn kena malu kepada Singapura, walaupun negeri mereka hanya ada udara dan matahari sahaja, namun mereka berjaya membangunkan ekonomi dengan berjaya untuk kesenangan rakyat mereka.

Tidak wujud dua akaun

ALOR SETAR - Istilah ‘Tabung Amanah Jalan Raya’ yang dibangkitkan sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, baru-baru ini, tidak menunjukkan wujudnya dua akaun yang berasingan dalam pengurusan peruntukan peruntukan penyelenggaraan jalan raya.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, apabila terdapat lebihan peruntukan penyelenggaraan jalan raya, ia akan dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.

“Fungsi Tabung Amanah Jalan Raya adalah untuk menyimpan lebihan peruntukan, dan wang masih berada di dalam satu akaun yang sama, malah ia boleh dikeluarkan dan digunakan.

“Tiada ahli lembaga pengarah yang mengendalikan tabung ini kerana ia bukanlah berada di dalam dua akaun berasingan,” katanya mengulas mengenai desakan pembangkang agar fungsi, tarikh penubuhan dan ahli lembaga pengarah tabung berkenaan diperjelas.

Dalam Sidang DUN baru-baru ini, Phahrolrazi menafikan dakwaan berlakunya penyelewengan peruntukan penyelenggaraan jalan raya yang disalurkan Kementerian Kerja Raya bagi tujuan pembinaan jalan kampung, sebaliknya mendedahkan bahawa lebihan peruntukan yang diterima disimpan terus ke dalam Tabung Amanah Jalan Raya untuk kegunaan masa hadapan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menerima jumlah keseluruhan peruntukan penyelenggaraan jalan raya sebanyak RM147,535,242 pada tahun 2010 dan sebanyak RM54,355,763 daripadanya dibelanjakan bagi tujuan penyelenggaraan kira-kira 168 jalan raya di seluruh negeri.

Lebihan peruntukan yang diterima Kerajaan Negeri disimpan dalam Tabung Amanah Jalan Raya memandangkan ia tidak boleh digunakan sesuka hati dan perlu dibelanjakan mengikut belanjawan Kerajaan Negeri yang diluluskan dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, meminta Kerajaan Negeri memberi penjelasan berhubung fungsi sebenar tabung itu, tarikh penubuhan dan siapa ahli lembaga pengarahnya.

Penyakit tiga serangkai dilapor terus meningkat

ALOR SETAR-Jumlah bilangan pesakit yang mengidapi penyakit tiga serangkai dilaporkan terus meningkat tanpa mengira usia dipercayai berpunca daripada faktor pemakanan serta kurang mengamalkan senaman.

Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, penyakit tiga serangkai berkenaan adalah kencing manis, darah tinggi serta jantung yang mudah menyerang individu tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk tampil menganjurkan lebih banyak program kesedaran bagi meningkatkan kesihatan di kalangan orang ramai.

“Sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan setiap individu perlu memastikan mereka mengambil bekalan air secukupnya dan memastikan kandungan gula dalam darah memenuhi keperluan.

“Tabiat seperti malas bangun sahur perlu dielakkan kerana keesokan harinya mereka akan terasa cepat letih apabila melakukan aktiviti seharian,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Jom Sihat di Menara Alor Setar, semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan pengarah urusan Menara Alor Setar, Hariyati Tahir.

Menurutnya, dari segi kesihatan makanan akan dihadam dalam tempoh empat jam manakala segala nutrian makanan akan keluar secara sedikit demi sedikit dan makanan sewaktu berbuka tidak mencukupi untuk memastikan kesegaran badan pada keesokan harinya.

Ramai tidak ikut arahan do pakai topi 'KURA-KURA'

JKJR: Ramai tidak ikut arahan

KOTA KUALA MUDA – Walaupun topi keledar ‘kura-kura’ sudah tidak dibenarkan penggunaannya, namun Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dapat mengenal pasti masih ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak mengikuti arahan berkenaan.

Pengarah JKJR Negeri Kedah, M Surentharan berkata, melalui Kempen Advokasi Penguatkuasaan bersama agensi polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom, Badan Persatuan AAM serta rakan keselamatan jalan raya yang dijalankan di Jambatan Merdeka mendapati masih ramai yang tidak mengikut arahan itu.

Menurutnya, kerajaan sudah memberi arahan supaya penggunaan topi keledar jenis itu sudah tidak lagi selamat digunakan tetapi arahan berkenaan tidak diambil serius orang ramai.

“Kalau kita lihat, masih ramai pengguna jalan raya yang masih tidak ambil berat dengan arahan itu malah mereka terus memakainya seolah-olah tiada kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Menurutnya, dalam kempen sama polis dan JPJ turut melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dan ada saman dikeluarkan kepada mereka yang didapati bersalah.

Selain itu, katanya, daerah Kuala Muda mencatatkan kematian paling tinggi dalam kemalangan berbanding daerah lain di negeri ini menjadi faktor kempen itu difokuskan dalam daerah ini.

“Kita juga sempat mengedarkan risalah dan pelekat cahaya keselamatan selain 100 helmet kepada orang dewasa serta 20 kepada kanak-kanak.

“Selain itu, seramai 200 pengguna jalan raya turut diberikan baju keselamatan jalan raya secara percuma selain nasihat dan amaran disampaikan supaya keselamatan semasa memandu terjamin,” katanya.

Surentharan berkata, misi yang dijalankan pada kali ini dianggap berjaya kerana menerima respons yang baik daripada pengguna terutama apabila pegawai bertugas membantu memakaikan tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang selain penerangan dan taklimat diberikan untuk tujuan itu.

“Kita akan terus laksanakan kempen sama pada masa akan datang namun di negeri lain sama ada di Perak, Pulau Pinang, Perlis kerana pelaksanaan ini merangkumi empat negeri terlibat termasuk Kedah,” katanya.

Ashraf gagal tukar nama jadi wanita meninggal dunia

Gambar fail, Mohd Ashraf Hafiz (kanan) menutup mukanya sebaik menyedari kehadiran media di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mei lalu. — Foto ihsan Sinar
KUALA LUMPUR, 30 Julai Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.

Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.

Mahkamah menolak permohonan dia pada 18 Julai lalu.

Dalam satu temu bual dengan media keluaran 20 Julai lalu, Ashraf mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya dan sanggup dibunuh.

Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak Ashraf yang lebih mesra dipanggil “Aleesha” berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. “Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya.

Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Dia membuat pendedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.

Dalam pada itu, Bernama Online memetik bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Dia dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Aziz berkata beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Ashraf sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.

Saturday, July 30, 2011

Najib takut kerajaanya jatuh!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

http://topnews.in/law/files/Najib-Tun-Razak.jpgPerdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak masih lagi berada dalam sindrom penafian apabila menuduh himpunan aman Bersih 2.0 sebagai jalan untuk menggulingkan kerajaannya.

Hakikatnya kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Najib gusar akan kejatuhan itu adalah kerana kelemahan dan penyelewengan yang semakin parah berlaku dalam pentadbiranya.

Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib pada 22 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kerajaan Najib sebenarnya bimbang jika tuntutan Bersih 2.0 itu ditunaikan, ianya adalah jalan yang sukar buat kerajaannya bertahan.

Umno-BN selama ini bertahan dengan pelbagai manipulasi undi dan penggunaan jentera serta media yang memihak kepada mereka, katanya.

Malah, setiap kali berlakunya pilihan raya, isu utama yang akan dibincangkan ialah terdapatnya penipuan pada daftar undi, undi pos dan rasuah, katanya.

Gelaja inilah yang mahu ditolak dan dibersihkan oleh Bersih 2.0 dalam lapan tuntutannya bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini telus dan adil, katanya.

Namun, terdapat kebimbangan dipihak pemerintah untuk melaksanakannya, malah ditambah lagi dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terlalu memihak, katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan segera bagi memperhalusi isu-isu penyelewengan dalam pilihan raya di negara ini.

Sekembalinya Najib ke Malaysia, beliau ada membuat kenyataan bahawa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya.

Perdana Menteri terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa.

"Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia,” kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 22 Julai lalu.

Najib juga menolak dakwaan Bersih 2.0 bahawa BN mempunyai kelebihan tidak adil dengan memiliki ruang besar di media ketika berkempen.

"Kami kata ia adil, mereka (Pakatan Rakyat) kata tidak adil. Mereka berkempen setiap hari, bukan itu tidak adil? Setiap hari ada ceramah di sini di sana... bukan itu tidak adil?” katanya lagi.

Najib berkata perlu ada kesimbangan antara kebebasan bersuara dan ketenteraman awam, tetapi menekankan tiada ruang untuk perselisihan faham di Malaysia.

Arab Saudi tiada kaitan keganasan

YAN 29 Julai - Kerajaan tidak pernah menganggap negara di rantau Asia Barat termasuk Arab Saudi sebagai negara yang mempelopori keganasan serta ajaran sesat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebaliknya kerajaan sentiasa menjaga hubungan baik dengan negara di rantau itu kerana tidak bukti yang boleh mengaitkan mana-mana negara dengan aktiviti keganasan.

"Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa menjaga hubungan yang terjalin antara negara luar termasuk Arab Saudi, Jordan, Iraq dan sebagainya.

"Selain itu, kita ambil pendekatan berhati-hati agar unsur-unsur keganasan tidak cuba dibawa masuk ke negara ini kerana ia akan membawa perpecahan," katanya selepas merasmikan projek Nadi Kasih di Bukit Besar di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan Felo Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady baru-baru ini yang mengaitkan Arab Saudi dengan keganasan atau fahaman sesat.

Selain itu, dalam taklimat sama, 40 ulama muda termasuk bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin didedahkan sebagai mempunyai kaitan dengan fahaman Wahabi dengan Arab Saudi bertindak sebagai dalang di sebalik jaringan fahaman itu.

Ekoran pandangan itu, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya mencabar Dr. Muhammad Uthman untuk tampil berdialog secara ilmiah dalam tempoh terdekat, terutama dalam Ramadan untuk menjernihkan kekeruhan yang ditimbulkan hasil pandangannya itu.

Menurut Jamil, secara umumnya keganasan pada waktu ini bukan atas nama kumpulan atau negara tetapi ia kadang-kadang datang daripada individu-individu tertentu.

"Seperti Osama Laden (yang berasal dari Arab Saudi), kita tidak boleh kaitkan dia dengan Arab Saudi sebab dia bergerak sendiri dan tidak melibatkan negara tersebut," katanya.

Betulkah ORANG MISKIN Tiada di Malaysia..Yg ada cuma orang Malas..??

Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Ramadhan

Seminggu dua ini, atas jawatan sebagai pengerusi CSR (Corporate Social Responsibility) di tempat kerja, saya kerap menerima berbagai surat memohon sumbangan Ramadhan daripada berbagai pihak, baik dari rumah anak-anak yatim, tahfiz, pondok mahu pun daripada NGO dan juga syarikat-syarikat persendirian yang berusaha mencari dana untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel/resort dan sebagainya.

Bila tengok surat-surat itu, teringatlah saya, rupa-rupanya ramai yang nak tabur bakti, nak membantu insan-insan yang memerlukan di bulan ramadhan ini. Baguslah macam itu. Mungkin inilah yang orang alim selalu dok habag kata bulan ramadhan ini bulan yang mulia, bulan yang istimewa yang tak sama dengan bulan-bulan yang lain; bulan untuk kita semua pakat tambah pahala.

Baru-baru ini, bersama dengan kawan-kawan dari NGO Wargakilang, kami sekali lagi diberi masa dan kelapangan untuk masuk ke kg-kg di pedalaman, pi riki dan cari keluarga-keluarga susah yang tinggal jauh ke dalam, yang kami rasakan tak ramai orang yang sedar akan kewujudan mereka, lantas tak adalah pula ada orang atau pun pertubuhan dok pi hantar surat kat jabatan CSR mana-mana syarikat pi kutip dana atau pun anjurkan majlis berbuka posa kat resort atau pun hotel untuk depa-depa ini.

Berikut adalah sebahagian drpd kisah “depa-depa” ini untuk tazkirah dan renungan bersama.

Semua sekali ada 18 keluarga yang kami ziarah.

Rumah dlm gambar di bawah ini adalah yang paling terkesan sekali buat saya; pertamanya sebab rumah itu sendiri walaupun nampak ok tapi kelihatan agak daif sekali.

Keduanya, rumah ini dihuni oleh seorang Ibu Tunggal, Pn Rashidah 35 tahun bersama 2 orang anaknya (5 tahun & 14 tahun) yang baru saja kehilangan suami kira-kira 4 bulan yang lalu – meninggal disebabkan sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Yang saya terasa agak emosi sikitnya, sebab 3 kali saya tanya berapa pendapatan beliau sebulan - nak bagi pasti - tiap kali beliau jawab RM150 sebulan. Tak logik haih, mana ada orang boleh survive dengan pendapatan banyak tu sebulan, tambah-tambah di zaman barang dok naik harga sekarang ini, dan lagi tak logik cuma dapat hanya RM150 sebulan.

Tanya pi tanya mai, Pn Rashidah ini habag setelah kematian suaminya (seorang penoreh getah), beliau terus hilang punca pendapatan. Sekarang ini beliau membantu ibunya menoreh getah di pokok orang, dan hasilnya dibahagi 3 antara beliau, ibunya dan tauke kebun. Patutlah pun dapat RM150 sahaja sebab jumlah pokok getah kat kebun itu cuma sekitar 200 batang sahaja.

Saya tak mampu nak bercakap panjang dengan orang yang sedang diuji dengan kesusahan seperti Pn Rashidah ini, walau pun susah tapi tak menampakkan sangat susahnya itu. Orang macam inilah yang mengingatkan saya kepada kata-kata yang sering dihamburkan kpd saya dan rakan-rakan bila kami bercerita tentang kisah-kisah org miskin dan susah di pedalaman.

Kata sang penghambur itu, MANA ADA ORANG MISKIN DI MALAYSIA INI – orang malas adalah!

Bagi mereka, org-org miskin itu jadi miskin sebab malas, jadi tak payahlah nak susah-susah pi bantu org-org malas ini sebab depa sendiri yang pilih nak jadi malas dan miskin.

Sedangkan mereka yang bercakap itu lupa bahawa KAYA dan MISKIN ini adalah kerja TUHAN. Hari ini TUHAN jadikan kita KAYA, esok lusa dlm sekelip mata saja DIA boleh jadikan kita MISKIN pula.

Lantas itu, sementara kita ini masih kaya ada pendapatan lebih drpd RM150 sebulan, kalau ada rezeki lebih janganlah lupa bahagiannya untuk mereka yang sedang diuji dengan kemiskinan seperti Pn Rashidah ini. Mungkin sebab itulah gamaknya ISLAM wujudkan Fidyah dan Zakat Fitrah, sebab memang ada penerimanya.

Dalam perjalanan antara 18 buah rumah itu, kami singgah di sebuah rumah Ibu Tunggal yang tinggal bersama seorang anak perempuannya. Persinggahan yang seketika ini amat istimewa buat saya, kerana sepulangnya ke rumah, saya download gambar rumah ini ke lab top dan secara kebetulan adik perempuan saya dan suaminya bertandang ke rumah. Saya tunjukkan gambar rumah ini kepada adik saya dan berkata:


“Yah, hang ingat dak lagi rumah kita di kampong waktu-waktu kecik-kecik dulu?”

Adik saya cakap:
“Laaa – pelantar jemuran dan dinding buluh itu sebijik mcm rumah kita dulu, kat pelantar itulah kita ramai-ramai makan nasi dan saki bakinya kita lempar ke bawah bagi ayam dan itik makan”
Ya, sa-buah lagi kisah perjalanan merentas masa buat diri saya. Tak disangka, ada lagi insan yang masih terperangkap dlm suasana kemiskinan yang serupa.

Di rumah seterusnya, kami singgah di sebuah rumah yang begitu agak ke dalam di sebuah kaki bukit berhampiran sebuah kawasan air terjun – rumah sdra Che Ros. Antara ramai-ramai keluarga yang kami pergi itu, saya memilih untuk menulis kisah Che Ros sebagai penutup kisah perjalanan kami ini.

Kenapa? Kerana pintu hati saya bagaikan diketuk-ketuk, rasa terharu semacam melihat ketabahan Che Ros mengharungi hidup nun jauh di pedalaman; membesarkan 4 orang anak-anaknya dengan tiada pendapatan tetap, mencari rezeki dengan berbekalkan sumber hutan – mencari buluh untuk diraut dijual sebagai buluh pancang.

Waktu kami singgah di rumahnya, Che Ros sedang sibuk meraut buluh; bila ditanya kenapa betis keringnya berbalut, Che Ros cakap waktu leka mencari buluh, entah macam mana kakinya tercucuk buluh. Kesian Che Ros.

Yang bagusnya Che Ros ini, walau pun dia sendiri hidup susah, tapi di samping membela isteri dan 4 orang anaknya serta ibunya yang sudah tua, beliau juga ada memelihara seorang wanita tua sebatang kara yang tiada kaitan adik beradik atau pun saudara dengan beliau. Mulianya hati Che Ros.

Yang sedih pasal Che Ros ini, si Amirul anak beliau yang sulung, umur 15 tahun, sepatutnya ambik PMR tahun ini, tapi disebabkan kemiskinan keluarga, cuma sekolah sampai habis darjah enam saja. Entahlah, kami pun tak tau nak kata apa, tapi itulah sebahagian drpd realiti kisah anak-anak bangsa yang masih terperangkap dalam orbit kemiskinan yang tak pernah kunjung reda ini.

Kami pun tak salahkan Che Ros bab anak beliau terkandas dlm perlajaran ini. Ya lah, di zaman Facebook dan Twitter sekarang ini, anak-anak belajar tinggi-tinggi pun kadang-kadang belum tentu boleh diharap untuk menjaga ibu bapa di kala tua.

Sekurang-kurangnya Che Ros ini, dengan ilmu BULUH yang beliau ada, mampulah juga beliau bina sebuah pondok berdinding buluh yang tak seberapa, untuk Ibunya berteduh di tepi rumahnya.


Adalah juga privacy buat ibunya yang sudah tua ini untuk hal-hal peribadi.

Waktu saya menjenguk ibunya di pondok usang ini tanpa pengetahuan Che Ros, bila dengar suara maknya bertanya siapa yang mai ini, dengan segera dalam keadaan kaki terhincut-hincut Che Ros terpa mai, mai explain kat mak dia tujuan kami mai.

Rasa sedih dan sebak pun ada bila tengok wajah Che Ros dan ibunya ini – dalam serba kepayahan yang ada, beliau cuba memberi yang terbaik untuk emaknya. Dinding buluh pun jadilah, janji itu yang selesa untuk mak dia.

Di atas keikhlasan beliau menjaga ibunya ini, didoakan moga ALLAH menggandakan Che Ros dengan balasan pahala yang berkali-kali ganda.

Sekian, antara beberapa paparan yang mampu kami kongsikan di sini sebagai tazkirah Ramadhan untuk kita semua. Sesungguhnya di luar sana, memang tersedia insan-insan lara yang begitu menanti dan mengharapkan sumbangan ramadhan buat mereka. Cerita Che Ros dan Puan Rashidah ini hanya secebis drpd kisah-kisah “depa-depa” ini.

Insyaallah pada 20 Ogos 2011 akan datang, kami akan ke sana lagi.

Selamat Berpuasa, Moga Beroleh Taqwa.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com/

Isu Kuin: SMM gesa Kedah contohi Selangor

ALOR SETAR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa Kerajaan Negeri mencontohi pendekatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggunakan kuasa konsultasi terhadap Universiti Selangor (Unisel), untuk menasihati Kolej Universiti Insaniah (Kuin) memberi lebih ruang kepada mahasiswa untuk bersuara.

Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, kuasa konsultasi Kerajaan Negeri seharusnya digunakan sepenuhnya sebagaimana Khalid menasihati Unisel berhubung cara menanggapi aktivisme mahasiswa sehingga membolehkan universiti itu mengumumkan mereka bebas mengamalkan Akta Undang-undang Kolej Universiti (AUKU).

Menurutnya, SMM kesal apabila Kerajaan Negeri dilihat seolah-olah lepas tangan sedangkan masalah berkenaan boleh dipermudahkan menerusi kuasa konsultasi dan budi bicara Kerajaan Negeri dan Kuin sendiri.

“Selain itu, kami juga menyediakan memorandum untuk diserahkan kepada pentadbiran Kuin berhubung masalah yang dihadapi oleh rakan mereka di universiti itu.

“Memorandum Selamatkan Idealisme Mahasiswa itu ditandatangani oleh 2,005 mahasiswa daripada Lembah Klang bertujuan membantah tindakan Kuin mengenakan tindakan tatatertib terhadap enam penuntutnya,” katanya ketika ditemui media selepas perhimpunan aman oleh 300 mahasiswa Kuin selesai dijalankan di pekarangan kampus universiti itu, semalam.

Ahmad Syukri berkata, penyerahan memorandum itu dianggap sebagai langkah terakhir di peringkat mahasiswa dalam menuntut pertimbangan budi bicara Rektor Kuin sebelum langkah lebih drastik diambil termasuk tindakan undang-undang.

“Sekiranya tiada maklum balas diberikan pengurusan Kuin terhadap memorandum dihantar dalam masa terdekat, SMM bercadang untuk bersemuka sendiri dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mencari jalan penyelesaian.

“Pada masa sama, SMM memohon pengurusan Kuin mencontohi pengurusan Universiti Malaya (UM) yang menarik balik keputusan menggantung seorang perwakilan mahasiswa universiti itu atas kesalahan hampir serupa dialami keenam-enam mahasiswa Kuin setelah pertimbangan budi bicara diambil kira,” katanya.

Sementara itu, Exco Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul ketika dihubungi berkata, tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap enam mahasiswa yang terlibat dengan demonstrasi di institusi itu 1 April lalu termasuk menolak keputusan rayuan mereka adalah mengikut peraturan universiti yang ditetapkan.

Menurutnya, tindakan tatatertib berat terpaksa dijatuhkan ke atas mereka kerana bertindak menjatuhkan imej Kuin kerana mengkritik secara terbuka melalui saluran media.

“Kita tiada masalah sekiranya mereka hendak mengadakan tunjuk perasaan sebagaimana dilakukan mahasiswa Kuin hari ini (semalam), asalkan kenyataan media yang secara terbuka memalukan pengurusan Kuin tidak dibuat.

“Permohonan rayuan mereka juga terpaksa ditolak setelah pengurusan Kuin dapati mereka tidak menunjukkan kekesalan dengan kesalahan peraturan yang dibuat. Mereka perlu sedar, mahasiswa perlu bersikap seperti mahasiswa, kena patuhi peraturan universiti,” katanya.

Berhubung gesaan SMM meminta Kerajaan Negeri menggunakan kuasa konsultasi untuk mengubah keputusan pengurusan Kuin, Mohamed Taulan meminta kesemua pemimpin mahasiswa terlibat berjumpa dengan Kerajaan Negeri atau Ahli Lembaga Pengarah Kuin untuk dapatkan penjelasan sebenar.

“Jangan dengar penjelasan sebelah pihak kerana pengurusan Kuin tidak akan mengambil sesuatu tindakan tanpa pertimbangan rasional,” katanya.

TV AlHijrah bersiaran 24 jam di bulan Ramadan

KUALA LUMPUR - Stesen TV AlHijrah akan bersiaran selama 24 jam setiap hari pada bulan Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Bukhari Che Muda berkata, penambahan waktu siaran ini adalah bertujuan mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini.

“Pada hari Isnin hingga Khamis kami akan bersiaran selama 18 jam bermula jam 12 tengahari hingga 6 pagi.

“Ini bermakna kami bersiaran selama 144 jam seminggu berbanding siaran biasa sebelum ini iaitu 102 jam seminggu,” katanya ketika berucap di majlis tayangan program TV AlHijrah sempena Ramadan.

TV AlHijrah memilih tema Ramadan Satu Perjuangan kerana mahu memberi kesedaran yang lebih mendalam kepada penonton dalam memahami erti sebenar Ramadan.

Bersempena Ramadhan TV AlHijrah akan menayangkan 17 buah program baru pelbagai genre yang sesuai ditonton seisi keluarga.

Menurut Bukhari, mereka memilih jam 5 hingga 7.30 petang sebagai waktu perdana kerana ketika itu umat Islam sedang menunggu waktu berbuka.

“Banyak slot-slot menarik pada waktu itu, bagi memberi manfaat kepada penonton dalam menjalani ibadah puasa.

“Apa yang lebih penting setiap program yang kami siarkan adalah yang terbaru bukan ulangan.

Bagaimanapun, bagi siri drama Kitab Cinta kami terpaksa membuat ulang tayang berikutan kebanyakan penonton siri ini terlepas episod sebelum ini ketika kami belum bersiaran di Astro,” katanya.

Katanya, penayangan semula drama tersebut adalah atas permintaan penonton.

Beliau berkata, pihaknya dengan produksi drama tersebut telah merancang untuk melanjutkan drama tersebut bagi musim kedua.

Harimau Malaya - Sudah cuba yang terbaik

Sudah cuba yang terbaik

KUALA LUMPUR - Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat berkata, dia dan rakan sepasukan telah memberikan yang terbaik namun akhirnya terpaksa akur tersingkir daripada Kelayakan Piala Dunia kepada Singapura kelmarin.

Menurutnya, semua pemain beraksi dengan semangat juang yang tinggi tanpa sebarang kelemahan ketara.

"Kami tersingkir bukan kerana ramai pemain utama tidak beraksi. Semua pemain dalam skuad ini boleh beraksi baik mungkin, ini adalah barisan terbaik kita.

"Namun ia tidak cukup untuk mengatasi Singapura. Saya meminta maaf kepada peminat dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang memenuhi stadium," katanya.

Khairul Fahmi yang dikenali Apek, mendapat pujian kerana memberikan aksi cemerlang ketika Malaysia seri 1-1 dengan Singapura kelmarin, namun akhirnya Harimau Malaya tersingkir dengan agregat 4-6.

Sementara itu, Safiq Rahim lebih kecewa kerana tidak dapat membantu skuad kebangsaan pada aksi kelmarin kerana digantung ekoran kad merah yang diterima pada perlawanan pertama Sabtu lalu.

"Saya sangat kecewa, saya tidak tahu hendak cakap apa selepas kita tersingkir dari Kelayakan Piala Dunia 2014. Lebih sedih saya tidak dapat beraksi bersama rakan-rakan di atas padang," katanya.

Safiq meminta rakan sepasukan supaya bangkit dan perbaiki segala kelemahan.

"Kita buka buku baru, perbaiki kelemahan dan kurangkan kelekaan ketika bermain," katanya.

Friday, July 29, 2011

Polis diberi 24 jam mohon maaf kepada Mohamad Sabu

Harakahdaily

http://4.bp.blogspot.com/-QrbYUans8yY/TikAQ3qBE_I/AAAAAAAAJq8/zTdEk2fLmgo/s1600/sabu_lutut.jpg

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.

"Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.

Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.

Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Insiden-insiden keganasan polis itu termasuk terhadap dirinya dan para peserta lain telah diadukan kepada pihak Suhakam dan beliau bersetuju serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suhakam untuk mengadakan sisatan awam berhubung perkara itu.

Beliau amat kesal kerana Salleh yang dipengaruhi oleh para pemimpin Umno dan kerajaan BN sanggup mempermainkan soal keselamatan dan kesihatannya, pada hal kedua-dua perkara itu adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipermainkan.

Beliau turut kesal apabila PAS yang dahulunya hanya berlawan dengan Umno BN, tetapi kini dihadapkan pula dengan institusi awam untuk mempermainkan rekod keselamatan dan kesihatan seseorang.

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.

Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.

Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.

Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.

Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih.

“Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?” soalnya.

Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada.

Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.

Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya.

“Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?” tanya beliau lagi.

Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.

Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi.

Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.

Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi.

Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

“Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?” tanya beliau lagi.

Kunjungan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah ke Pejabat PKWR ADUN Kubang Rotan






Kesian DAP.. UMNO kata depa Anti MELAYU mai MCA pulak kata depa anti CINA.. mana satu betoi nie??

PULAU PINANG, 29 Julai: Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera and India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

“Tiada seorang pun kontraktor Cina dalam lima kawasan yang dianugerahkan projek JPS Negeri. Ini bukti bahawa walaupun dengan sokongan orang Cina untuk Lim Guan Eng dan DAP, hak orang Cina semakin terhakis selepas DAP berkuasa.

"Ini kerana DAP berpandangan ke hadapan dan sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokong orang Cina selama-lamanya untuk mengukuhkan kuasa politik mereka di pilihanraya umum akan datang, tapi saya harap cubaan mereka untuk memberikan imej yang baik kepada semua kaum tidak dilakukan dengan menggadaikan hak orang Cina,” tulis beliau dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web MCA.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Julai yang lalu, Tan mengatakan kekesalannya apabila semua projek JPS Negeri diberikan kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim, di mana antara penerimanya 20 peratus adalah wanita.

“Oleh itu, saya terkejut dan saya tidak dapat memahami mengapa tiada satupun kontrak diberikan kepada mana-mana kontraktor Cina.

"Saya percaya bahawa kontraktor Cina sedar akan tender projek itu dan telah mengemukakan permohonan. Oleh itu, adakah kerajaan negeri menganggap permohonan mereka tidak lengkap?” soal beliau.

Pada pendapat Tan, kerajaan pimpinan Guan Eng sepatutnya adil kepada semua kaum dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kontrak kepada kaum Bumiputera untuk membuat parti tersebut kelihatan ‘adil’.

Tan juga memberikan amaran secara tidak langsung kepada kerajaan Pulau Pinang dengan memberikan peringatan bahawa kontraktor-kontraktor bukan Cina yang dilantik mungkin ada masalah kredibiliti dalam menyiapkan kerja mereka dan menyeru kerajaan negeri berhati-hati ketika memilih kontraktor.

“Mereka juga harus memastikan kontraktor yang dilantik boleh menyiapkan projek tersebut dan tiada masalah yang wujud kepada infrastruktur negeri untuk menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Kenyataan Tan hari ini sekaligus telah memberi tamparan dan menidakkan tindakan Kimma, Umno dan media tradisional khususnya yang seringkali menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganiaya orang Melayu.

Apa yg hebat sangat UMNO sampai boleh bagi diskaun denda MyKad nie..????


UMNO & JPN 1 Badan...???
Notis:

"Info Prihatin JPN:

Jika anda kehilangan MyKad akibat tercicir tanpa disedari kecuali yang berumur dibawah 18 tahun atau melebihi 60 tahun dan kes kecurian, kemalangan serta bencana alam.

Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat UMNO (Di tingkat 1 atas Restoran Nasi Kandar Pelita) untuk permohonan pengurangan separuh daripada denda asal kehilangan MyKad."
TPU: Kalau "Prihatin" sangat, kenapa nak kena isi borang..? bagi je lah Diskaun... JPN ni sayap kanan UMNO ke sampaikan nak bagi Diskaun pun nak kena tunggu kelulusan UMNO..?

Esok-esok nak beranak pun kena mintak kelulusan UMNO.

Atas desakan RAKYAT akhirnya mereka di bebaskan..!!

Enam pemimpin PSM ditahan bawah Ordinan Darurat bebas

July 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kesemua enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput yang ditahan sejak awal bulan di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan petang ini.

Peguam N Surendran mengesahkan perkara itu dan kertas berkaitan sedang diproses di Balai Polis Jinjang di sini.[malaysia insider]

Semua enam tahanan EO dibebaskan

Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 2 Julai lalu mengikut Ordinan Darurat dibebaskan sebentar tadi.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang dan menurut setiausaha agung PSM S Arulchelvam dalam tweeternya, pembebasan mereka adalah tanpa syarat.

NONEMereka termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.[malaysiakini]

Nama Suruhanjaya tapi cuma buat kerja Office jaaa...!!!

Pusingan ke-2: Ambiga asak Wan Ahmad

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah "badan pengurusan" di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

NONEKatanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan."

Beliau menyatakan demikian di forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," katanya.

NONEMengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

"Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah."

Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini - dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

'Tak benar SPR tak ada kuasa'

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

NONEMenurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

NONE"Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi," kata Ambiga.

Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.

Pendaftaran automatik 'boleh dilakukan'

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

voter registration campaign 110707 registrationMengenai isu pendaftaran secara automatik - salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa

orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.

Sultan mahu rakyat bersatu & menggunakan kematangan berfikir untuk menghadapi situasi masa kini

ALOR SETAR - Umat Islam disaran menggunakan kematangan berfikir untuk menghadapi situasi masa kini untuk mengelak unsur-unsur negatif yang boleh memecah-belahkan perpaduan.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah, walaupun agak sukar untuk memperoleh pemikiran dan pendapat yang sama, namun pastinya tiada halangan untuk umat Islam bersatu hati.

“Semua pihak perlu jujur pada diri sendiri dan menghormati hak orang lain, khususnya dalam hubungan sesama manusia. Sikap jujur, toleransi dan menghormati orang lain merupakan sikap yang berupaya membawa kepada kejernihan hubungan, selain memantapkan perpaduan ummah,” titah baginda, ketika berucap pada Majlis Idul Ilmi Maktab Mahmud Alor Setar, semalam.

Hadir sama, Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun serta Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Tuanku Abdul Halim bertitah, apabila umat Islam bersatu, adalah lebih mudah untuk menangani permasalahan sama ada yang wujud dalam kalangan ummah itu sendiri, mahupun daripada pihak luar.

“Kepentingan perpaduan itu juga dinyatakan dalam al-Quran, justeru tiada alasan bagi umat Islam untuk berpecah belah kerana al-Quran mengajar kita agar jangan cepat menghukum orang lain hanya kerana berbeza ideologi atau fahaman,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan supaya umat Islam sedunia memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta perdamaian antara pihak yang bermusuhan supaya golongan itu tidak berada pada jalan perpecahan.

“Dalam mengecapi kemakmuran yang ada di bumi Malaysia ini, kita telah diuar-uarkan dengan berita peperangan, perbalahan dan permusuhan di negara-negara luar. Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah. Ini sepatutnya menyedarkan kita betapa pentingnya mengekalkan keamanan negara,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, untuk mencapai matlamat itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga mempertingkat perpaduan untuk mencapai kekuatan ummah kerana hanya dengan bersatu padu sahaja, dapat menangkis dugaan dan cabaran.

Lawak seram SPR

Melatah itu dikatakan hanya ada pada orang Melayu, sebagaimana amok yang menjadikan budayanya unik.

Sifat-sifat kemelayuan itu turut berlaku dalam dunia moden hari ini, termasuk dalam satu acara dialog di antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwakili oleh Timbalan Pengarahnya Wan Ahmad Wan Omar (gambar kiri, tengah, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan (gambar kiri, kiri) dan Prof Shamsul Amri Baharuddin (gambar kiri, kanan) dari UKM, yang telah berlangsung baru-baru ini.

Latah Wan Ahmad tidaklah seperti mana yang biasa dikaitkan dengan seorang nenek atau datuk yang diusik oleh anak atau cucunya.

Sebaliknya melatah versi SPR ini adalah dengan bentuk terlepas cakap, tersasul atau "kantoi" dengan menyebut antaranya "Barisan Nasional tak hentam SPR", ketika membezakan layanan SPR terhadap BERSIH 2.0, Pakatan Rakyat dan BN.

Lawak seram

Begitu juga ayat susunan Wan Ahmad, "kita (SPR) memang ada hubungan yang baik dengan Bukit Aman", ketika beliau cuba menggambarkan sistem pengurusan SPR yang dianggap cekap dan lengkap termasuk hubungan "istimewa"-nya dengan Polis Diraja Malaysia.

Selepas tersasul menyebut ayat-ayat ini, hadirin dalam dialog yang diadakan di Shah Alam pada Selasa lalu dapat melihat perubahan air muka beliau yang semacam tersedar akan kata-katanya. Dan, beliau mula mengambil masa untuk "melarikan" topik itu. Lucu sungguh!

Latah secara spontan ini, secara tidak langsung telah memberi gambaran sebenar kepada penonton "debat" yang menyaksikannya melalui siaran langsung TV internet dan kita sendiri bahawa itulah realiti bawah-sedar yang terjadi selama ini kepada pihak SPR.

Bagaimana kita menerima dan memahaminya?

Selain melatah dengan "bertandak", biasanya sindrom ini akan diikuti dengan sebutan kata-kata yang diucap tanpa dikawal oleh individu tersebut. Kadang kala bunyinya mencarut, kadangkala pula tersebut perkara "rahsia".

Bagi individu yang berkedudukan penting seperti Wan Ahmad ini, pastilah ia menjadi tragedi seram baginya dan SPR sendiri. Bagi yang mahu kepada pilihan raya yang bebas, bersih dan adil, ia tidak ubah seperti menonton satu lawak seram.

Bagaimana ianya berlaku?

Melihat pada suhu dialog pada ketika itu, kedudukan Timbalan Pengerusi SPR itu semasa sedang berdebat dengan Ambiga dan juga menghadapi persoalan daripada hadirin, beliau berada dalam keadaan amat defensif. Malah sedang berada dalam tekanan kesan dari asakan bertubi-tubi yang datang dari mood hadirin pada masa itu.

Kita memahami tekanan yang dialaminya tetapi tidak pula menyangka beliau akan "kantoi" menyebut perkara-perkara seperti itu.

"Itu kerja kerani"

Salah seorang penonton bertanya kepada Wan Ahmad, soalannya amat objektif, jelas dan dengan membawa bukti tentang kelemahan sistem SPR iaitu bagaimana seorang polis dengan dua kad pengenalan (kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam) telah menggunakan kedua-dua kad pengenalannya itu untuk mengundi dua kali di dua tempat yang berlainan.

Jawapan yang paling baik dari Wan Ahmad (gambar kiri) adalah, "Itu kerja kerani, bukan kerja orang di peringkat kami (pegawai atasan)".

Keangkuhan beliau telah menjengkelkan hati para audiens yang mendengarnya.

Rumusannya, beliau telah memberi persepsi yang lekeh tentang SPR kepada orang awam.

Emosi

Satu lagi perkara yang paling terkesan sewaktu dialog itu ialah apabila kita dapat lihat dan dengar dengan jelas bagaimana orang UMNO turut melatah, khususnya apabila mendengar penjelasan dari pihak Ambiga.

Seorang peguam UMNO di majlis itu bangkit dengan niat untuk bertanya, tetapi telah bertukar menjadi ulasan penuh perasaan, emosi dan kemarahan.

Ironis sekali seorang yang berkerjaya sebagai peguam gagal mengawal emosi, lebih-lebih lagi dalam acara awam. Malah beliau menjerit-jerit sedangkan ia cuma mahu menyatakan pendapatnya.

Adakah ini pun sudah menjadi budaya Melayu atau mungkin sekadar budaya Melayu yang khusus untuk orang UMNO sahaja?

Keadaan emosi lebih terserlah apabila ahli akademik Wong Chin Huat (gambar kanan) yang juga salah seorang ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 yang dijemput oleh moderator Wan Saiful Wan Jan untuk memberi sedikit penerangan tentang proses pilihan raya di Malaysia.

Wong memaparkan kepada hadirin beberapa hasil kajiannya tentang apa yang telah dan sedang berlaku dalam sistem pilihanraya kita.

Sebaliknya huraian beliau yang penuh dengan fakta dan maklumat disambut oleh sesetengah hadirin dengan jeritan kata-kata "Sudahlah sudahlah! Tak kena tempat" untuk memaksanya berhenti dari memberi penerangan.

Agak pelik bagi kita kerana acara ini diadakan untuk semua pihak berbincang dan menjelaskan tentang keadaan sebenar menerusi pelbagai fakta dan bukti sebagai sandaran untuk berhujah, tetapi sesetengah hadirian tidak mahu kepada fakta dan maklumat berkenaan.

Adakah audiens yang rata-ratanya Melayu itu tidak mahu atau tidak mampu menggarap fakta dan maklumat?

Kalau itu hendak dikatakan budaya Melayu, bagaimana pula tradisi Melayu ada pepatah yang mengatakan, ikut rasa binasa ikut hati mati.

Budaya yang matang

Usaha murni Sinar Harian dan Karangkraf dalam membudayakan wacana ilmiah menerusi dialog dan perbincangan seperti itu amatlah baik dan wajar dicontohi oleh akhbar lain khususnya Utusan Malaysia yang menjaja dirinya sebagai lidah rasmi UMNO.

Kita yakin, jika media cetak di negara kita bergerak atas pasaran yang terbuka, sudah pasti akhbar Sinar Harian ini akan menjadi akhbar yang paling digemari, laris dan paling berpengaruh berbanding Utusan dan Berita Harian.

Pada masa yang sama, mungkin sesetengah hadirin yang datang dengan jerit dan jerkah itu tidak perlu dimarah atau dikecam sangat kerana ada antara mereka begitu baru dengan budaya keterbukaan.

Lagi pun mungkin sesetengah mereka menyangka menjerit dan memaki-hamun itu tidak ada salahnya kerana kadang-kadang itu yang diperlihatkan dalam sidang Dewan Rakyat. Maklumlah Ahli-Ahli Parlimen tidak diberi peruntukan kewangan untuk membolehkan mereka mempunyai pengkaji dan penyelidik.

Jadi perbahasan di Dewan Rakyat kadang-kalanya tidak berilmiah sama sekali dan hampir sama dengan kanak-kanak bergaduh berebut guli.

Rakyat bertatih mengenali demokrasi

Justeru itu, beberapa hadirin di dialog Selasa lalu mungkin baru hendak mula meraikan ruang demokrasi ini. Anggaplah ia sekadar anak-anak yang sedang bertatih mahu berjalan.

Lama-kelamaan, sifat keanak-anakan ini akan hilang bila mereka telah memahami etika menghadiri majlis ilmu.

Ini juga menjadi bukti, bagaimana Utusan dan agensi-agensi kerajaan yang selama ini memerintah dengan agenda tutup minda telah membungkam acara-acara ilmiah dan terbuka di dalam masyarakat.

Kerana itu, masih ada kelompok di kalangan masyarakat kita, walau pun bertaraf profesional, amat mudah melatah dan penuh emosi.

Begitu juga dengan kegigihan Wan Ahmad menangkis dan membalas hujah yang harus dipuji. Sekurang-kurangnya beliau hadir di majlis itu dan tidak lari dari berdepan dengan rakyat.

Kita tahu bahawa tangannya terikat dan lidahnya kelu untuk menyatakan kebenaran kerana budaya pemerintahan UMNO-BN tidak menggalakkan penyebaran dan perkongsian kebenaran fakta dan maklumat.

Atas sebab itu juga kita perlu sedar bahawa pentingnya negara mempunyai pembangkang yang kuat, dalam contoh ini, Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan masyarakat madani seperti BERSIH, untuk memastikan kerajaan tidak boleh bersembunyi dengan kebejatan mereka.

Hanya dengan desakan Pakatan Rakyat dan BERSIH, maka budaya wacana yang bebas dan terbuka dapat tumbuh dan hidup subur. Bukankah ianya baik untuk kita semua?

*Tulisan ini dipetik dari Roketkini.com.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...