TERKINI :

Saturday, June 4, 2011

SIAPA PALING KECEWA BILA MAT SABU DAN HUSAM MENANG?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada abang Mat Sabu kerana terpilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Kemenangan dengan majoriti 21 undi menewaskan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta penyandang Ustaz Nasha sudah cukup untuk membuat lidah Utusan Meloya dan TV 3 suku kelu seketika.

Bertambah kelu apabila tokoh yang sabab hari dihentam melalui media pencacai tersebut, iaitu Datuk Paduka Husam Musa turut terpilih sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayob. Tentu berita kemenangan Husam Musa ini membuatkan seorang Blogger dari Kelantan itu akan `meneguk air botol' sehingga mabuk untuk menenangkan fikiran.



Buletin Utama TV 3 suku sebentar tadi meletakkan berita keputusan pemilihan PAS bukan tajuk utama seperti sehari dua ini, tetapi berita disiarkan di pertengahan tanpa ulasan sedikitpun seperti lazimnya. Tiada cerita pun tentang Blogger kaki mabuk itu yang mendakwa Husam memberikannya wang untuk berkempen. Yang hak mengatasi yang batil. Fitnah telah ditolak oleh para perwakilan di dalam PAS yang boleh dikatakan semuanya mempunyai akal dan ilmu agama yang boleh menimbangkan sesuatu berita yang dibawa oleh `kaki mabuk'.

Begitu juga berita yang keluar dari media seperti Utusan Meloya atau TV 3 suku yang terkenal sebagai ejen meluaskan cerita video seks, mana mungkin berita dari media seperti ini boleh diambil sebagai panduan untuk Perwakilan PAS memilih calon? Justeru itu, Perwakilan PAS telah menolak cerita tentang wang upahan yang kununnya melibatkan Husam Musa. Exco dari Kelantan ini telah memenangi jawatan Naib Presiden PAS dengan undi yang kedua tertinggi. Media haprak ini terus gagal sepertimana gagalnya mereka mempromosi video seks hitam putih sebelum ini.

Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga buat semua yang berani bertanding walaupun tewas kali ini. Ternyata jawatan bukan buruan calon yang bertanding, mereka hanya merasa kewajipan untuk menawarkan diri untuk memikul tugas setelah amanah diberikan oleh penyokong-penyokong mereka.

Meskipun secara peribadi saya mengharapkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi pertandingan ini, tetapi kemenangan Mat Sabu dapat melegakan perasaan saya. Saya percaya Mat Sabu mampu berganding bahu dengan Presiden PAS, dan tentunya cabaran utama buat beliau adalah memimpin PAS ke Demontrasi Bersih Julai nanti dan seterusnya ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

3 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Sama ada kita sedar atau pun tidak - PAS benar-benar telah dirosakkan...... Sedikit demi sedikit, wajah PAS sudah berubah, yang mana akhirnya umat Melayu-Islam juga yang menanggung kerugian. Inilah natijah daripada membelangkangi perintah Allah, yang melarang umat Islam menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat. Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 144 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir(DAP) menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menghukum) kamu?" Lantaran itu, fikir-fikirankah, wallahualam.

fawwaz said...

pelik sungguh komen hang ni pasai pa pulak ada DAP dalam sangkaq tu bukan mca ke, gerakan ka, mic ka? awat yang dok riasu kat dap yang dah mula menyenangi perjuangan PAS....bila masyarakat cina sudah mula mendekati islam ada pulak orang dengki macam hang....bila la Islam nak boleh berkembang.....Yahudi yang nyata dalam alquran tak boleh dibuat sebarang perjanjian UMNOapco ambik jadi penasihat tak plak rasa nak marah no....fikir-fikirkanlah...

PAS tak penah rosak walau berkawan dengan DAP atau parti mana sekalipun kerana PAS berkawan untuk berdakwah dan mendekatkan Islam pada mereka...bukanya membiarkan mereka terus meragui ISLAM dan mendapat maklumat yang salah mengenai ISLAM dari UMPORNO...

Tun Samad said...

kalau dah tolak hudud tu..mana boleh dikira beriman...ambillah pengajaran daripada kisah syed Qutb dan ikhwanul muslimin yang bergabung dengan parti pimpinan Jamal Naser dan Anwar sadat.Apabila berjaya gerakkan 'dubbat al ahrar' Syed Qutb meminta Jamal Naser melaksanakan pemerintahan bersyariatkan Islam di Mesir. Tetapi kerajaan sekular Jamal Naser bukan sahaja telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin tetapi juga telah menggantung syed Qutb bersama 2 pemimpin yang lain.

Kalaupun Umeno betoi nak gabung dengan PAS...mauka depa pada menegakkan syariat Islam...yang dok tau depa suka berebut jawatan sebab nak duit dan projek..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...