TERKINI :

Thursday, June 30, 2011

Nak jadi Hang Tuah ka Hang Jebat?


Umum telah tahu bahawa himpunan aman Bersih 2 tetap akan dijalankan pada 9 julai 2011 nanti. Sokongan orang ramai terhadap himpunan ini amat menakjubkan sekali sehinggakan seluruh bilik- bilik hotel di sekitar Kuala Lumpur telah habis ditempah pada tarikh tersebut. Kesemuanya ini hadir dengan satu tujuan, iaitu pilihanraya yang telus dan adil. Kenapa mereka mahukan pilihanraya yang adil?. Kerana Kerajaan yang ada kini gagal mengurus duit rakyat. Kerajaan yang ada kini gagal menangani isu rasuah, kerajaan yang ada kini seperti hilang arah apabila sokongan kepada mereka semakin berkurangan.

Dengan kenaikan tol, harga barang, elektrik dan kenaikan harga caj perkhidmatan daripada syarikat- syarikat swasta amat membebankan rakyat. Dan seperti biasa tiada satu usaha pun yang dibuat bersungguh-sungguh oleh kerajaan untuk menyelesaikanya.
Tetapi dalam masa yang sama, media kerajaan memberikan liputan yang meluas kejayaan syarikat-syarikat di Malaysia yang mencatat keuntungan sehingga berbilion ringgit. Tak pernah ada syarikat yang rugi bila melabur di Malaysia. Semua untung. Rakyat Malaysia ni ada yang nak makan pun kena pilih dulu. Tak kira lah geng Pas ke, Umno ke, Perkasa ke, Tok guru silat pun bila bab makanan pun kena berjimat. Kalau makanan pun sampai kena fikirkan dulu, mcm mana dengan barang keperluan yang lain.

Jadi mcm mana kita nak percaya yang keadaan ekonomi Malaysia ini utuh?. Kalau di negara lain dah lama dah jadi revolusi dalam negara ni. Itu beza negara kita dengan negara luar. Ditindas lah mcm mana pun tetap akan bersabar. Kesabaran yang cukup tinggi ini dapat dilihat dengan adanya himpunan Bersih 2. Ahli Pas adalah yang paling ramai sekali akan hadir pada himpunan itu nanti. Ulama-ulama dalam Pas telah berjaya menerapkan rasa sabar di dalam diri ahli-ahli Pas dengan begitu baik sekali. Boleh dikatakan beribu himpunan anjuran Pas, tidak pernah ada satu hasutan pun untuk menggulingkan kerajaan melalui revolusi berdarah dan tidak bertamadun seperti berperang dan mencabar penyokong kerajaan untuk beradu kekuatan. Sistem inilah yang diguna pakai oleh Pas untuk mentarbiyah ahli-ahlinya.

Disiplin yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Pas secara tak langsung menunjukkan kematangan berpolitik pihak pembangkang di dalam negara ini dan dicemburui oleh parti-parti politik luar negara. Keadaan yang aman walaupun terpaksa menghadapi berbagai dugaan. Di kedah ni , kalau penerapan roh Islam di dalam diri ahli tidak dilaksanakan, rasanya dah lama kami bakaq bangunan Umno mana yang dok hidup segan mati tak mahu tu.. Adakah prinsip seperti ini wujud di dalam diri ahli Umno? Sampai berarak 600 orang dan mengugut untuk bakaq bangunan Pkr baru- baru ini? Dan tidak lupa juga kepada Ibrahim Ali yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman bagi menghalang himpunan Bersih 2.

Saya melihat keadaan ini memang haru biru. Apabila parti Umno gagal menerapkan roh Islam di dalam diri ahli meraka, maka inilah kesannya. Tindakan yang memalukan Parti Melayu itu sendiri. Untuk mengekalkan kuasa, berbagai cara dilakukan oleh mereka tanpa mengambil kira kesannya pada masa akan datang. Jadi siapa yang nak buat huru-hara sebenarnya? Kepada ahli Umno yang belum karat lagi, cuba renungkan situasi yang sedang berlaku sekarang ni. Walaupun ahli Pas yang paling ramai dalam perhimpunan itu nanti tapi Bangunan Pkr yang jadi mangsa. Mcm mana nak tadbir negara sampai nak cari bangunan pun boleh tersilap. Tindakan yang mengikut hawa nafsu ini dan membelakangi akal adalah faktor kepada keruntuhan akhlak.

Bila runtuh akhlak, maka runtuhlah parti, dan bila runtuh parti maka runtuhlah negara. Dan mereka inilah yang akan mengadakan himpunan pada tarikh yang sama dengan himpunan Bersih 2 untuk menunjukkan sokongan kepada Kerajaan. Himpunan Bersih 2 adalah himpunan AMAN, bukan berhimpun untuk bakar bangunan, berperang salib atau nak buat huru-hara. Apabila rakyat berhimpun menutut pilhanraya yang telus dan adil, rakyat sebenarnya menolak tindakan keganasan dan lebih menjurus kepada menjaga keharmonian sesama kaum. Pihak Polis sepatutnya memastikan perhimpunan ini berjalan dengan lancar bukan dengan memberikan bermacam-macam ugutan dan menangkap mereka yang turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Himpunan Bersih 2 juga bukan himpunan Pahlawan Silat Semalaya. Rakyat yang turun pada hari tersebut bukan nak tengok silat. Daripada tengok silat lebih baik tengok geng Fru dengan water cannon mereka tu. Siap ada helicopter lagi. Sejarah persilatan ini di samping membekalkan kepada kita ilmu pertahanan diri, ia juga mengajar kita untuk bersabar. Penerapan nilai Islam di dalam persilatan cukup kuat, malahan kita disuruh beramal dengan ayat-ayat Al-Quran untuk menjadi sorang pendekar yang hebat. Apabila Mahaguru Omar Mauju memberikan amaran akan berperang jika di adakan juga Himpunan Bersih 2, nilai pertubuhan seni silat lincah Malaysia menjadi begitu rendah sekali. Kerana itulah (Mahaguru) Cikgu Majid yang memang terkenal di Kedah dan pengasas kepada Silat Pusaka Gayong membuat teguran kepada kenyataan Mahaguru Tan Sri Omar Mauju.

" Pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara. Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah".

“Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu".

“Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya".

“Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini".

“Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya".

Inilah wajah sebenar seorang pendekar yang tersohor di Kedah. Kata- katanya yang mencerminkan perasaan rendah diri dan bertawakkal kepada Allah. Inilah dia ilmu persilatan yang sebenar. Gunakanlah sebagai perangsang dan janganlah kita berundur walau selangkah. Semakin banyak rintangan semakin semakin banyak sokongan yang akan kita terima. Niat kita satu, untuk menuntut Pilihanraya yang adil. Kalau darah kita Hang Tuah tetaplah kita sebagai Tuah, dan kalau darah kita Hang Jebat tetaplah kita sebagai Jebat. Tuah hilang tanpa dikesan, semangat Jebat hidup sepanjang zaman.

nukilan...
Kiyai Al Marpokeh

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...