TERKINI :

Friday, June 24, 2011

Kesudahan kes video seks dalam jangkaan, dakwa Anwar

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa keputusan pertuduhan "Datuk T" lantaran penayangan satu klip video seks yang mengheret nama dirinya itu "sudah dijangka".

Malah, Anwar berkata, "Saya tak terkesan sama sekali. Eekmal (pembantunya) lebih terkesan, dia yang beritahu saya apa yang berlaku secara terperinci. Dan saya jangka..." Beliau meneruskan, "Siapa yang tidak tahu sistem yang ada sekarang? Dan tentunya media UMNO akan menyerang, cuba nak hidupkan balik kes yang sudah mati..."

Ketika diminta untuk mengulas isu ini, Anwar berkata, "Saya jangka, sebab tu semalam saya sebut, ini hanya satu wayang kerana yang mendakwa ialah Gani Patail. Rundingan Rahim dan Dato Seri Najib sudah berlaku mengambil masa lebih dari tiga bulan, (untuk) kes yang semudah ini. Jadi, sewajarnya rakyat tahu, apa permainan mereka. Dan tentunya digunakan medan mahkamah ini sekadar untuk melemparkan fitnah."

Beliau mempersoalkan, "Hal-hal yang melibatkan yang nyata, bukti, mengenai pembunuhan, rogol, penyeksaan, itu semua ditutup. Yang digembar-gemburkan ialah fitnah, walaupun saya sudah menafikan sekeras-kerasnya, itu yang menyebabkan saya terdorong untuk buat laporan polis. Walaupun saya tahu, keterbatasan sistem ini, tetapi kalau kita tak buat laporan polis, mereka akan berkata 'maknanya sudah bersalah'.

Anwar diminta wartawan untuk mengulas isu ini, selepas berucap dalam seminar bertajuk "Social Market Economy; an Alternative for Malaysia?" anjuran Kajian Dasar & Konrad Adenauer Stiftung, di Quality Hotel, Shah Alam, tadi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...