TERKINI :

Thursday, June 16, 2011

Isu murtad: Kenapa PERKASA senyap?

Dewan Pemuda PAS melihat penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) dengan sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam tanpa dapat mendengar suara daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) walaupun presidennya juga adalah seorang ahli parlimen.

PERKASA yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu/Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini, dimanakah Perkasa di dalam memperkatakan isu murtad ini?

Apakah pendirian PERKASA di dalam isu murtad sepertimana yang dilaporkan di dalam Dewan Rakyat pada 14 Jun baru-baru ini.

Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut?

Kami curiga pendekatan selama ini yang dimainkan oleh PERKASA jika isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan PERKASA yang wujud selama ini? Hanya dengan keberanian di dalam akhbar sahaja, PERKASA sesuai menukar namanya kepada PERKASI.

Bagi kami, perjuangan PERKASA hanya berkisar elemen politik kepartian semata-mata. PERKAAS langsung tidak sensitif terhadap isu murtad yang melanda umat Islam kini.

PERKASA akan hanya sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno/BN sahaja.

Jelas rakyat perlu menolak perjuangan PeERKASA yang berteraskan politik semata-mata tanpa melihat bahawa isu murtad sebagai keutamaan daripada isu politik tanahair. Dalam masa yang sama, PERKASA dilihat takut menegur kerajaan di dalam isu aqidah dan kepentingan agama selama ini.

Penulis adalah Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...