TERKINI :

Tuesday, May 17, 2011

Pengundi Muda belum lagi merasai hasil dari dasar pentadbiran DS Najib

http://kchadyouth.files.wordpress.com/2010/12/slide2.jpg

DS Najib dilihat turun kebawah menemui pegundi-pengundi muda melalui perhubungan laman-laman web social seperti Facebook, Tweeter,Bloggers dsbnya.

Sentuhan-sentuhan ‘touch n go’ ini hanya ‘gitu-gitu’ aje tetapi hasil jangka panjangnya masih belum terbukti.

Dasar-dasar untuk pengundi muda khasnya belia dan bekas-bekas siswazah atau dalam lain perkataan orang-orang muda masih belum dilihat hasilnya. Di antaranya:

1) Skim Rumah Pertamaku untuk membantu golongan muda masih terawang-awang dan rata-rata orang-orang muda mendapati kesukaran apabila bertembung di antara penggubal dasar dan perlaksana dasar.

Apabila DS Najib membuat pengumuman dalam pembentangan budget 2011 tahun lepas ianya seolah-olah keesokkannya sedia untuk dilaksanakan tetapi cakap tak seperti pembikinannya.
(Lihat Lapuran Skin Rumah Pertamaku – Berita Harian link)

2) Isu kedua ialah peminjam-peminjam PTPTN yang disenaraihitamkan. Jumlah atau angkanya sebanyak 1.7 juta dan semakin membengkak angkanya setiap tahun.

Apakah sudah nasib bekas-bekas graduan ini disenarai hitamkan sebaik golongan muda ini melangkah keluar universiti ketika masih teraba-raba mencari pekerjaan.

Ramai di kalangan mereka yang disenarai hitamkan tanpa sedar kerana sistem di PTPTN tidak dikemaskini dan ketinggalan.

3) Satu lagi dasar untuk orang muda yang masih belum terbukti kejayaannya ialah skim usahawan siswazah. SME Corp sebagai agensi pelaksananya lebih berceramah dari bekerja.

Ramai usahawan di kalangan siswazah yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman tersebut. SME Corp harus membuktikan berapa siswazah yang sudah mereka bimbing dan bantu sehingga berjaya setakat ini.

MR berpeluang berdialog dengan beberapa kumpulan-kumpulan muda yang rata-rata sudah tidak yakin dengan dasar Kerajaan hari ini khasnya isu-isu yang di atas kerana realiti yang mereka hadapi tidak seindah seruan pemimpin.

Malah ada yang telah ‘give up’ langsung dengan birokrasi dan berusaha untuk bekerja di negara lain.

DS Najib harus ‘hand’s on’ untuk ‘address’ isu ini jika tidak keyakinan golongan ini kepada Kerajaan yang memerintah akan terhakis.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...