TERKINI :

Monday, May 23, 2011

Mummy Rokiah rentap jambul Shaharizat

Rakyat masih lagi diselubungi kesedihan atas musibah yang menimpa penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat. Maklumat terakhir mencatatkan 16 terkorban tragedi yang tidak diduga. Semoga Roh mereka dihimpun bersama-sama para Syuhada dan Anbia dan kaum keluarga terus tabah menerima ujian Allah.

Pada ketika Rakyat bersama-sama kaum keluarga, berhadapan dengan suasana kepayahan dan kesedihan, menteri rekon Shaharizat Jalil mempersoalkan hukum 'halal-haram' status rumah anak yatim berkenaan.

Beliau tak tahu menghormati suasana. Maka padanlah jambulnya direntap oleh Mummy Rokiah, blogger penyokong tegar umporno/BN... Menurut Mummy Rokiah, Shaharizat tidak sensitif dengan perasaan masyarakat. Sejak bilalah penyokong dan pendokong umporno/BN sensitif kepada perasaan masyarakat?

Kalau mereka-mereka ini sensitif kepada perasaan masyarakat, tidaklah saban hari Rakyat cuba disuap dan diperbodohkan dengan isu video seks, kes saifooliwat, isu kenaikan harga barangan keperluan yang silih berganti.

Mummy Rokiah: Kejadian tanah runtuh, Shahrizat Jalil tidak sensitif dengan perasaan masyarakat

Bukan semua penghuni rumah anak yatim At-Taqwa adalah anak yatim: Shahrizat

PEKAN - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bukan semua penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh semalam yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim.

Katanya berdasarkan lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan itu semalam, beliau mendapati rumah itu turut beroperasi sebagai tempat pengajian tahfiz dan kem motivasi.

Siasatan awal kementerian mendapati pusat berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Pekan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, beliau telah meminta kementerian dan agensi terlibat seperti Kementerian Pelajaran, JKM, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera untuk mengetahui status rumah terbabit dan kebajikan penghuni-penghuninya.

"Pihak tertentu mesti buat siasatan berhubung rumah itu sebab budak tahfiz dan anak yatim tinggal di situ, kem motivasi pun di situ, jadi kita tidak tahu asal-usul kediaman itu," katanya sambil menyampaikan takziah daripada Wanita Umno kepada waris mangsa yang terkorban dalam bencana alam itu.

Beliau berkata, daripada 47 penghuni yang terlibat dengan bencana yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu, 27 daripada mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara JKM di mana keluarga atau waris boleh menemui mereka di situ.

Shahrizat berkata sekiranya mana-mana penghuni terbabit disahkan sebagai anak yatim, pihak kementerian akan mengambil tindakan yang sesuai bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.- Bernama


Di dalam suasana hiba dan menyayat hati ketika ini kenyataan Shahrizat Jalil seperti di atas adalah sungguh tidak sensitif dengan perasaan masyarakat khasnya perasaan keluarga dan sanak saudara mangsa yang terlibat.

Apakah Sharizat ingin nyatakan bahawa rumah anak yatim ini beroperasi secara haram apabila ianya tidak berdaftar dengan JKM? Apakah salah untuk mengadakan kem motivasi dan tahfiz di rumah anak yatim tersebut?

Apakah kerana rumah anak yatim ini tidak berdaftar dengan JKM maka waris mangsa tidak berhak menerima apa-apa bantuan dari JKM?

Tidak pernah sesiapa yang waras akan meminta kejadian bencana sebegini untuk berlaku, apa yang berlaku sudah berlaku dan adalah tanggung jawab semua pihak khasnya pemimpin negara seperti Shahrizat untuk tidak memberi tekanan kepada keluarga yang terlibat.

Hakikatnya kenyataan-kenyataan Shahrizat seperti yang di atas “is uncalled–for” dan tidak kena pada tempat, masa dan ketika. Ketika bencana sebegini sifat kemanusiaan seharusnya mengatasi segala protokol, birokrasi, status dan darjat.

- Mummy Rokiah

2 comments:

tengala said...

Kalau tak silap banjir kat Kedah dulupun betina nie mulut cabul jugak...

jab sp said...

ADUN dan MP Pakatan pun kena jaga jaga bila nak bagi sebarang kenyataan,pasai kita dah kerap kena bila dok layan soalan pemberita.

salalunya pemberita yang jolok,tapi yang nak kena adalah orang yang jawap.

pemberita:adakah tapak penempatan ini ada dalam senarai JKM.

menteri:saya tak tahu lagi,kena tengok dengan pihak berkenaan.

jawapan macam ni pun mampus akan kena tibai juga.

lantak dan hantamlah wahai blogger semua.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...