TERKINI :

Monday, May 23, 2011

Kedah dijangka tidak perlu import daging lembu


http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/lembu.jpgBUKIT KAYU HITAM, 22 Mei 2011 – Dijangka dalam tempoh lima tahun lagi, Negeri Kedah tidak perlu mengimpot daging lembu khususnya dari Negara Thai untuk bekalan kepada rakyat Kedah.

Pengurus Operasi, Encik Mohd Ariffin Ismail berkata, dalam tempoh lima tahun lagi, Kedah tidak perlu lagi bergantung bekalan daging lembu dari Negara Thai kerana projek ternakan lembu yang dilaksanakan sekarang mampu melakukan sedemikian dalam tempoh tersebut.

Penternakan lembu di bawah anak Syarikat Kumpulan Ladang, Perbadanan Kedah Sdn.Bhd yang terletak di Laka Tenim telah mula beroperasi pada bulan April 2009.

Menurut Mohd Ariffin lagi, ternakan lembu tersebut terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kuarantin, fidlot dan ladang makanan. Setakat ini jumlah di fidlot sebanyak 243 ekor dan di kuarantin sebanyak 123 ekor. Sementara itu, 100 ekor dari kuarantin telah dijual.

“Kita mempunyai 300 hektar ladang makanan untuk menampung makanan ternakan dan semua makanan untuk ternakan lembu di sini diproses sendiri.

“Makanan lembu-lembu di sini semuanya berasaskan ubi kayu dan dicampur dengan petai belalang,” ujarnya.

Tambah beliau, kelebihan makanan yang berasaskan ubi kayu dapat menghasilkan kualiti daging yang kurang lemak dan kolestrol. Semua makanan untuk ternakan ditanam dan diproses sendiri. Mereka mendapat peruntukan sebanyak RM500 juta dan seterusnya membuat pinjaman dari Agro Bank sebanyak RM2 juta untuk projek tersebut.

Katanya lagi, dua lagi kawasan penternakan terdapat di Sungai Ular dan Pendang. Persediaan untuk melengkapkan tempat tersebut sebagai ladang ternakan telah bermula, walau bagaimana pun di Sungai Ular ternakan telah bermula lebih awal.

“Selain itu, 2 buah ladang di Aman Jaya dan Pinang Tunggal telah dipilih untuk dijadikan projek pembiakan.

“Pada tahun ini kita mula menternak lembu daging baka baru, di mana berat seekor lembu boleh mencecah sehingga 1000 kilo,” terangnya.

Beliau menjangkakan, 2000 ekor lembu boleh dibekalkan menjelang Hari Raya Korban pada tahun ini.

Ternakan lembu Kumpulan Ladang ini merupakan projek di bawah anak syarikat kerajaan negeri.

Kepada orang ramai yang ingin membuat tempahan untuk korban, aqiqah, kenduri, belian pukal dan perayaan boleh menghubungi 04-7311933/6, 019-3354589 (Firdaus) atau 019-4430006 (Azizi).

Atau layari klpkventures@gmail.comAlamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya untuk maklumat lanjut.

1 comment:

Mazlan Taat said...

assalam, tahniah kepada pengurusan kedah ladang terutamanya dato shahabudin dan en. ruslani yang sudah berusaha sampai ke peringkat ini. Masih teringat sejak projek ini bermula ia adalah ilham dari dato MD dan en. ruslani telah mecnceritakan modus operasi kepada saya lebih setahun yang lalu. Dan kita patut berbangga dengan kejayaan itu.

Tahniah Kumpulana ladang....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...