TERKINI :

Monday, May 30, 2011

ISU KUIN.. Azizan nampaknya seperti kurang cerdik untuk mengatasinya

MB KEDAH PERLU LEBIH BIJAK ATASI KEZALIMAN AUKU

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH Kerajaan Negeri Kedah redha dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan mahasiswa itu? Benarkah enam pelajar dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah kini sedang berhadapan dengan tindakan di bawah Akta zalim ini yang dari awal ditentang oleh Pakatan Rakyat?

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Jika benar seperti yang dilaporkan, tentulah amat mendukacitakan kerana Kedah kini ditadbir oleh PAS yang bersama dengan PR dan universiti ini pula adalah di bawahLink Kerajaan Negeri. Tindakan MB Kedah Ustaz Azizan yang mengesyorkan agar rayuan boleh dibuat sehingga ke peringkat MB, pada saya satu tindakan yang kurang bijak. Sewajarnya sejak awal lagi MB Kedah menyuarakan bantahan terhadap penggunaan akta tersebut bukannya menunjukkan jalan keluar selepas mereka dizalimi dengan akta berkenaan.

Memang benar, Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk meminda akta berkenaan kerana ianya telah ditetapkan kepada semua universiti dan kolej universiti di negara ini, tetapi paling tidak pun MB Kedah boleh bersuara membela golongan pelajar ini dan melakukan sedaya upaya agar membantu mereka. Tentu ada pilihan lain selain dari menggunakan akta yang PR sendiri mahu lupuskan jika PR berkuasa di Putrajaya. Di sini lah rakyat ingin lihat kebijaksanaan MB Kedah di dalam menangani isu ini.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda. Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran. Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

MB Kedah mungkin akan menggunakan kebijaksanaannya di dalam isu ini pada ketika pelajar berkenaan mengemukakan rayuan kepada beliau. Tetapi, adakah kita perlu tungu ke tahap itu untuk menunjukkan bahawa PR sememangnya membantah AUKU? Kenyataan MB Kedah yang menyebut Presiden PAS tiada kuasa terhadap isu ini kerana KUIN berada di bawah Kerajaan Negeri memang betul, tetapi MB Kedah juga perlu berfikir adakah beliau menjadi MB Kedah tanpa keredhaan Presiden PAS?/wfauzdin.blogspot.com

3 comments:

zibni said...

pj pas negeri,tp mentaliti ameno.

Lemonade said...

Mmmmmm teruskan lah hentam MB pasal isu KUIN ini. Tak cukup dengan puak BN dok hentam dia sekarang tambah lagi. Isu KUIN isu KUIN. Walaupun KUIN dibawah Kerajaan Negeri tetapi KUIN tetap KUIN. Biarlah KUIN yang buat keputusan. 6 orang tu mak bapak depa hantar suruh belajar, belajar cukup la. Nak politik atau membela orang dah belajar pandai nanti keluar dan keja belalah.

Bagus juga kita pakat2 hentam MB. Ada lagi isu kecil2 kita besarkan dan hentam MB biar semua rakyat jelata tau. Lepas tu PRU ni kita pakat2 cari balik rakyat2 yang disogok dengan berita hentam kiri dan kanan dari BN dan dari puak kita untuk undi kita. Sedangkan orang puak sana sedang melakukan kerja2 dengan sistematik untuk ambil balik Kedah kita sibuk hentam MB. Baguslah. Teruskan membuka pekung

Mudah2an depa ambil balik Kedah PRU nanti dan puaslah hati pembuka2 pekung ini.

fawwaz said...

ini la bezanya PAS dengan amnoapco,,,,,, salah tetap salah tak kira mb ka sapa ka,,,,,pasai pa plak nak tutup pekung yang ada awat nak buat pekasam ka........PAS berjuang bukan untuk individu...bukan untuk MB bukan untuk Presiden....jadi kalau MB kedah tergelincir sikit kita kena tegoq tak bolehh dok biar...jangan dah sampai kritikal baru nak tegoq tak guna dah cek oiiii...macam UMNOAPCO la ni.....dahh busuk sebusuknya bohh minyak wangi satu kapal pun dok busuk lagi.....cuma aloq star seorang ja lubang idungg dia tersumbat.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...