TERKINI :

Tuesday, April 12, 2011

Malaysiakini hadapi masalah teknikal, usaha BN sekat maklumat?

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kini dipercayai berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak apabila bertindak menyekat maklumat dalam talian kepada rakyat.

Terbaru, laman portal berita Malaysiakini berhadapan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd, mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka.

Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.

Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.

“Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini,” kata Premesh.

Malaysiakini akhir-akhir ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana menyiarkan berita-berita yang adil dan semasa berkenaan politik tanah air.

Ia ditubuhkan pada tahun 1999, dan kini adalah portal berita dalam talian utama di Malaysia.
-keadilandaily-

2 comments:

AloQStaQ said...

ya betul tu!

malaysiakini tak dapat diakses sepanjang petang-malam ni disebabkan BN!

helikopter jatuh di Kuching semalam disebabkan BN!

pegawai kastam jatuh bangunan pun disebabkan BN!

eksiden depan simpang rumah aku tadi disebabkan BN!

makcik sepupu aku masuk wad sebab diabetes (nak kena potong kaki) disebabkan BN!

kampung aku jalan tar berlubang-lubang disebabkan BN!

selipar imam masjid kampung aku hilang maghrib tadi disebabkan BN!

anak jiran aku baru lahir (demam kuning) disebabkan BN!

cucu sedara aku tak pass SPM baru-baru ni disebabkan BN!

PENDEKATA, YANG BURUK-BURUK Di DUNIA NI, SEMUANYA DISEBABKAN BN lah!


AloQStaQ
Jom VIDEO TERBARU ANWAR BEST ! JOMMM! KLIK KAT SINI !

hehehe ..... 3:49Saat TANPA TAPISAN!

Nizar_Ryza said...

patut la x leh baca dr tadi. Pndai depa sekat maklumat. Mungkin lepas PRU Sarawak, tiba2 keadaan akan kembali normal. seperti biasa, depa akan kata: IANYA KEBETULAN SAHAJA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...