TERKINI :

Tuesday, March 8, 2011

BANGKITLAH PAKATAN RAKYAT

UMNO memang patut merayakan "kemenangan" yang bukan sahaja cemerlang tetapi berganda itu dengan sepuas-puas hati. PAS tidak perlulah kecewa dan berduka nestapa kerana kekalahan yang ditunjangi oleh lambakan ratusan juta ringgit di depan mata pengundi. PAS tidak boleh bermimpi untuk menang jika itulah hakikatnya.

Namun demikian, jika UMNO berbelanja RM100 juta untuk Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau, dan Kerdau, dapatkah mereka maintain peruntukan yang sama jika ada lima lagi kematian ADUN atau Ahli Parlimen sebelum 26 April 2011 nanti? Kesemuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Jika tidak tahun ini, mungkin tahun-tahun lain yang memerlukan Pilihan Raya Kecil diadakan. Kita akan sama-sama lihat keadilan Tuhan Yang Maha Esa ketika itu.

Pertarungan yang berlangsung selama ini tidak ubah seperti tikus menghadapi kucing di sebuah bilik yang pintunya tertutup rapat. Apa yang boleh dibuat? Berserah sahajalah, lawan pun tidak berguna.

Sesuatu perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini. Situasi sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku selama-lamanya. UMNO memberi segala-galanya kepada pengundi untuk mengemis undi. Tidak cukup dengan itu, mereka gunakan taktik samseng. Berlakulah ugutan, halangan masuk berkempen, gangguan semasa Pakatan berkempen, dan sebagainya. Apabila menang, mereka dakwa pengundi percaya kepada isu yang dibawa oleh UMNO dan tidak percaya kepada fitnah yang dilemparkan PAS. Adakah ini tahap keikhlasan yang diguna pakai oleh masyarakat ketika ini? Lama-kelamaan ketidakadilan ini akan menemui buku dengan ruasnya juga.

Pilihan raya yang adil dan saksama perlu diwujudkan di Malaysia. Kita tidak boleh sewenang-wenang terus membiarkan UMNO mengambil kesempatan atas kapasiti mereka sebagai pemerintah untuk melakukan apa-apa saja untuk menang. Tuntutan terhadap pewujudan gelanggang pertarungan yang rata bagi semua pihak perlu diperjuangan. Jika tidak, keadaan tidak akan berubah. BERSIH II ialah jawapan paling tepat untuk merungkai permasalahan ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...