TERKINI :

Wednesday, March 30, 2011

Apakah Harusani pulak akan di 'haramkan' oleh kak mah dan wanita UMNO selepas ini..!!??

Tarian poco-poco haram?

http://1.bp.blogspot.com/-6JUjHwbKkHs/TZCYLsVgIcI/AAAAAAAAEvw/g1Xs8MEb-EI/s1600/2011-03-28_221403.jpg

SAYA agak terkedu menerima e-mel daripada seorang rakan yang menyatakan tarian atau senaman poco-poco adalah haram. Ini kerana saya pernah juga beberapa kali terlibat menyertai tarian atau senaman ini, terutama apabila mengikuti kursus anjuran jabatan saya.

Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke- 186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

Apabila diteliti semula, saya baru perasan pergerakan langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan menyerupai bentuk salib. Saya berharap Allah mengampunkan saya dan semua yang pernah terlibat dengan tarian ini kerana kita semua lalai, suka mengikut sesuatu perkara tanpa usul periksa.

Saya berharap agar selepas ini Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi, mengambil langkah proaktif mempopularkan Senam Seni yang diperkenalkan baru-baru ini.

GRED S 22

Kuala Lumpur [Utusan Malaysia]


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...