TERKINI :

Saturday, February 5, 2011

Saran Dr M bantu gerakan Islam

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kebijaksanaannya membantu gerakan Islam.

“Saya akui Mahathir seorang yang bijak dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir kepada beliau ekoran keengganannya turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang meminta umat Islam mengurangkan keIslaman mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau sedar terdapat pihak mahukan beliau memberi kenyataan yang sama untuk mengutuk tindakan Kuan Yew sebagaimana yang dilakukan pemimpin UMNO.

“Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan Kuan Yew,” katanya, sambil mempertahankan kenyataannya sebelum ini walaupun mendapat kr:itikan pelbagai pihak.

Nik Aziz mendakwa, sejarah membuktikan UMNO menzalimi orang Melayu seperti mana tindakan pada 1961, iaitu dengan menculik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dari Terengganu sehingga kerajaan digulingkan.

“Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat Pas dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpin Allahyarham Datuk Asri Muda, tetapi usaha mereka gagal.

“Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikit pun perbincangan dengan Menteri Besar,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...