TERKINI :

Wednesday, February 16, 2011

Masa depa Perintah 17 tahun apa tak buat mai 3 tahun macam-macam hangpa suruhnya

Luluskan permohonan peneroka 20 tahun lalu


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri diminta meluluskan segera permohonan pemilikan tanah yang dibuat penduduk di Pulau Langkawi, yang mengusahakan tanah di situ sejak 20 dan 30 tahun lalu.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, terdapat beberapa kawasan hutan di Pulau Langkawi sebenarnya sudah diterokai penduduk untuk diusahakan secara kecil-kecilan sejak 20 hingga 30 tahun lalu namun tindakan mereka tidak sampai menyebabkan hutan itu ‘cerah’.

Menurutnya, ada penduduk di Pulau Langkawi mengusahakan tanah di situ sejak sekitar 1950-an dan 1960-an lagi namun permohonan pemilikan terhadap tanah terbabit yang dibuat masih belum diluluskan sehingga kini.

“Isu permohonan pemilikan tanah oleh penduduk yang sudah mengusahakan tanah selama lebih 20 tahun itu pernah saya bincangkan dengan beberapa Menteri Besar Kedah sebelum Pas mengambil alih pentadbiran lagi namun tiada tindakan diambil.

“Saya harap Kerajaan Negeri sekarang ini dapat meluluskan segera permohonan penduduk Langkawi yang sudah lama mengusahakan tanah itu, bukan kepada mereka yang baru mengusahakannya,” katanya semalam.

Abu Bakar berkata, Pulau Langkawi hanya pulau yang kecil dan permohonan itu perlu diluluskan demi kepentingan penduduk yang sudah lama mengusahakan tanah itu.

“Terdapat beberapa kawasan tertentu yang sudah lama diterokai penduduk tetapi setelah Langkawi menjadi tarikan pelancong dari seluruh negara, baru ada pihak ambil kisah mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa usaha memelihara kehijauan hutan di Pulau Langkawi sebagai tarikan pelancong tetap perlu dilakukan termasuklah pemantauan terhadap penebangan hutan dan pengusahaan tanah secara berleluasa di situ.

“Aktiviti dijalankan penduduk di atas tanah di Kubang Badak, berhampiran Taman Buaya sebagai contoh, bukanlah penyumbang yang menyebabkan kawasan hutan di Langkawi menjadi ‘cerah’, malah saya difahamkan, terdapat beberapa kawasan yang kini diselia agensi tertentu.

“Pemantauan terhadap kawasan hutan di Pulau Langkawi tetap perlu dijaga dan dipelihara, contohnya kawasan di sekitar Telaga Harbour Park, bagi mengekalkan keindahan pulau ini,” katanya.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, S Manikumar mendedahkan hutan di Pulau Langkawi semakin ‘cerah’ berikutan penebangan hutan berleluasa.[sinarharian]

2 comments:

kassim said...

SUMPAH MAHSURI TAMATLAH SUDAH
BILA KEDAH PR MEMERINTAH
MEMANG UMNO HARAM JADAH
KEPENTINGAN RAKYAT TIDAK DI ENDAH
TOK BAKAR TUNGGU APA TAK BELAH
DOK DALAM UMNO ORANG TAK ENDAH

sabrina shuib said...

masa sanusi..geng dia minta..masa syed razaah ada..geng dia pulak..masa mahathir khalid..ada yg minta tapi tak sempat..cuba tgk sama tanah2 kat penarak,tepi laut sg menghulu,kaki gunung raya dekat kg dato bakar..semua minta masa depa perintah..tolong MB check balik..mesti ada yang tak kena





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...