TERKINI :

Saturday, February 5, 2011

Isu kesukaran penduduk Siam beli rumah dirujuk pada MB

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR – Masalah yang dihadapi oleh hampir 50 penduduk berketurunan Siam di sekitar enam kawasan perkampungan di Daerah Padang Terap akan dibawa kepada Menteri Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar, perbincangan mengenai masalah itu akan diputuskan oleh Menteri Besar melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya, Rang Undang-Undang yang termaktub di bawah Kerajaan Negeri perlu mendapat ulasan jelas dari Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah.

“Pihak terbabit juga diminta bersabar dan kita perlu mengkaji perundangan itu secara teliti dan mereka boleh mengadakan perbincangan dengan saya,” ujarnya.

Beliau turut meminta Ketua Komuniti di kawasan terbabit termasuk Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen di situ untuk turut bersama dalam menyelesaikan masalah itu.

Hampir 50 penduduk berketurunan Siam di sekitar enam kawasan perkampungan di Daerah Padang Terap mendakwa hak mereka sebagai Bumiputera dinafikan Kerajaan Negeri kerana tidak dibenarkan membeli rumah dibina di atas Tanah Rizab Melayu (TRM).

Penduduk terbabit mendakwa, permohonan mereka untuk membeli rumah di Taman Sri Naka, kira-kira 45 kilometer dari sini yang dibangunkan atas TRM itu tidak diterima Pejabat Tanah dan Daerah Padang Terap sejak sebulan lalu.

Berikutan itu, penduduk di perkampungan Siam Naka, Cheng Deng, Lam Din, Tandop, Lubok Rambai dan Kampung Padang meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula sekatan dikenakan ke atas mereka.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...