TERKINI :

Wednesday, February 9, 2011

Ini bukan Salah Saya ianya Salah pihak Polis - Tun M

Ops Lalang: Mahathir persalahkan polis

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr mempersalahkan polis atas Ops Lalang, yang melnyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

conversations with mahathir tom plateDalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya.

"Awak pastinya marah!" balas Tom Plate (bawah, kanan), yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku berkenaan.

tom plate"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.

NONESemasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.

1 comment:

ong said...

Kasihan lihat Che Det. Betul seperti apa yang didakwa. Dulu dia dok kata Tunku dah nyanyuk. La ni dia dah jadi macam yang dia dakwa.
Susah nak percaya sebagai Menteri Dalam Negeri tak mampu nak kawal polis dan ISA tu bukankah Menteri yang tandatangan? Tak kan Ketua Polis Negara ada kuasa dalam hal ni?
Dasar munafikun. La ni jelaslah siapa Che Det ni. Dia tak harus disanjung lagi dan harus dilayan seperti Mubarak Mesir. Kita harus sedar bahawa ini taktik jahat Che Det. Buat-buat kecoh dgn PERKASA supaya orang lupa sat akan dia.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...