TERKINI :

Wednesday, February 9, 2011

Hulurkan Bantuan - Hutang ibu belum lunas

Hutang ibu belum lunas

LANGGAR - Warga emas, Fatimah Taha, 66, yang pernah dilaporkan menganggung hutang melebihi RM17,000 bagi kos rawatan hemodialisis di sebuah pusat rawatan swasta di Alor Setar kini berada dalam keadaan koma.

Menantunya, Rozairi Pak Wan Chik, 39 berkata, ibu mentuanya dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyiah (HSB) dua hari lalu selepas diserang strok.

Menurutnya, dia difahamkan doktor pakar bahawa terdapat barah beku berada di dalam otak ibu mentuanya dan pemeriksaan susulan masih lagi dijalankan.

“Setakat ini kami masih lagi menunggu keputusan daripada doktor sama ada mahu membawa pulang ibu ke rumah atau terus ditahan di wad.

“Pada waktu sama, kami masih lagi buntu memikirkan bagaimana hendak menguruskan hutang tertunggak rawatan ibu yang kini mencecah RM20,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Rozairi berkata, ibunya pernah dilawati petugas Jawatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini, namun sehingga kini tiada maklum balas dari jabatan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya hilang punca untuk mencari jalan penyelesaian dan kini ibu mentuanya pula diserang strok dan koma.

“Saya mengharapkan agar ada pihak tampil membantu meringankan beban kami dan sekurang-kurangnya separuh daripada hutang yang tertunggak ini dapat dilangsaikan.

“Pusat rawatan hemodialisis swasta berkenaan meminta kami membayar hutang yang tertunggak berkenaan,” katanya.

Terdahulu, pada 24 Oktober tahun lalu, Sinar Harian melaporkan warga emas itu menaggung hutang di sebuah pusat rawatan swasta di Alor Setar melebihi RM17,000 akibat tidak mampu membayar kos rawatan hemodialisis sebanyak RM280 setiap kali membuat rawatan.

Apa yang menggusarkan keluarga warga emas itu ialah pusat rawatan swasta berkenaan mula meminta bayaran rawatan dapat dijelaskan dengan lebih awal sedangkan mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.

Kepada mereka yang mahu menghulurkan bantuan atau meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung keluarga Fatimah bolehlah menghubungi di talian 019-5480711.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...