TERKINI :

Thursday, January 13, 2011

Shamsul cabar Khairy berdebat

Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

Sangat mendukacitakan apabila Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar "membuang masa" beliau.  Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Lebih mengejutkan apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar kanan) pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Anwar.  Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut.

Harus diingat, berdasarkan beberapa prestasi beliau di dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Anwar Ibrahim.


Justeru, atas kapasiti Ketua AMK, saya dengan ini secara rasmi menawarkan platform debat Pemuda satu lawan satu di antara saya dan Khairy, yang saya percaya lebih cocok dan sesuai dengan mengambil kira kapasiti kami selaku ketua sayap pemuda UMNO dan KEADILAN.

Surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada beliau, dan saya menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat ini.

*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar kiri) selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...