TERKINI :

Thursday, January 13, 2011

Rektor KUIN beri jaminan atasi masalah


ALOR SETAR - Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Profesor Datuk Dr Jamil Osman memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap tuntutan pelajar dan mengambil tindakan segera menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pada Perhimpunan Mega Mahasiswa.

Beliau berkata segala aduan berkaitan penginapan asrama, pengangkutan, yuran pengajian dan sebagainya akan diperincikan bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Sebahagian sudah selesai, sebahagian pula dalam perancangan. Isu tidak cukup kelas akan selesai dalam masa terdekat apabila bangunan baru siap kelak. Buat masa ini mereka gunakan dewan sebagai kelas kerana tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai,” katanya.


Menurutnya, pada Mac ini, Kuin bercadang menyewa bangunan 18 tingkat di Ampang Jajar yang boleh menampung 1,800 pelajar pada satu masa sebagai kelas kuliah untuk mengurangkan kepadatan dalam kampus.

“Kuin menawarkan program pengajian Islam terbesar berbanding universiti lain di Malaysia, menyebabkannya menjadi pilihan pelajar. Dianggarkan hampir 2,500 pelajar baru mendaftar bagi setiap semester, itu yang menyebabkan sesak manakala kemudahan asas tidak cukup,” katanya.

Dr Jamil berkata, Kuin akan menambah segala kekurangan kemudahan pembelajaran yang dibangkitkan pelajar dalam masa terdekat.

“Saya bukan pemimpin politik. Saya akan buat apa yang saya cakapkan. Apa yang saya janji akan ditunaikan, jika ada masalah, saya sendiri akan turun padang,” katanya.

Menurutnya, Kuin juga akan membeli dua bas baru untuk mengangkut pelajar dari asrama ke kampus bagi mengurangkan kepadatan pelajar.

“Saya juga difahamkan tiga kursus asasi Kuin sudah mendapat pengiktirafan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pelajar kini boleh memohon pinjaman,” katanya.

Dr Jamil berkata, Kerajaan Negeri juga akan menyalurkan peruntukan membangunkan fakulti perubatan yang akan menggunakan lapan tenaga pengajar, selain pembinaan makmal perubatan yang kini di peringkat akhir.

Menurutnya, perkara lain yang belum diputuskan akan dibincangkan kemudian oleh pihak pengurusan.

“Isu lain yang turut dibangkitkan dalam deklarasi MPM akan kami beri perhatian,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Rektor Perlu sedar yang sebenarnya, Dia sebagai Peneraju diberi isyarat untuk berundur dari KUIN. Majoriti mengatakan untuk tidak bersetuju dengan dia menjadi Rektor.

Lagi satu, EN. Zulkifli tu. Warga KUIN tidak suka cara dia . Dan Dia sememangnya orang yang bermasalah Dulu, Kini, Selamanya.

Takkan kut, sampai perlu kata.. WOII hang p belah la, magkuk!

awat said...

11:39
majoriti tu siapa?.orang politik?,mak bapa?atau pelajar?.
atau majoriti tu orang yang sedang aim tempat ni?.
aku nak kata:hang tak layak untuk suruh orang tua ni berundur kerana daripada ayat akhir hang menunjukan hang sendiri orang yang tak ada didikan agama Islam.

Anonymous said...

Awat,

Mojoriti tu maksudnya, Pemimpin pelajar dan Pelajar lama yang masih ada, Bekas pelajar, Insan2 dalam pentadbiran sendiri, mereka sendiri yang bagi komen mengatakan Pentadbiran Insaniah yang baru ini lintang pukang tidak seperti dulu,

Sahsiah Pelajar tidak ditekankan dengan tarbiyah, Sampai depa Kata EN. Zulkifli Botak yang mengarahkan Supaya Purdah tidak dibenarkan pakai.Ana cukup kenai zul tu,Anak didik Shahidan Kasim.

Dah terbukti majoriti x suka DR Jamil Bawak cara UIA ke Insaniah, jugak bawak sekali beramai2 orang UIA ke Insaniah.

Kami minta dia berundur secara yang terhormat secepat mungkin.

Tahapnya..adalah mengundurkan diri..bukan jamin akan buat penambah baikkan.

Rektor Perlu di tukar dengan Insan yang berhak dan layak. yang betul mampu untuk menyatukan warga Insaniah, bukan yang menjadikan Insaniah berpuak-puak.

" Awat, harap hang Jelas no. Mangkuk tu bukan isunyaa. Didikan Agama bukan sekadar itu penilaiannya... Aku pun dari JLN BESAR , ARAU. 1996-2001.

awat said...

anon 3:05
barulah aku faham dan aku sokong.
bukan pasai apa,dah terbukti rektor ini gagal mengujudkan insan insan yang terbaik sebagai manusia beragama.
contoh insan ini adalah anon 3:05,
setelah berada disitu selama 5 tahun gagal menjadi bekas pelajar institusi yang TERASNYA Islam.

Lah Kola said...

Awaaat...awat..
awat la hang jadi lagu tu..memusing macam kambing mabuk...Luahan hati orang hang dok permain..Kut la hang berfikir sejenak dua. Ni tidak.. Angkuh sombong.

Yang dok bercerita tu orang Insaniah. Hang kena fokus la. Bilamana politik masuk kampus, jadi macam ni lah. Dah la orang pakat meluat nak pi pindah pi Kuala Ketil nu.. Orang dah plan cantik cantik kat Suka Menanti, hangpa pi suruh dok kat ulu estate..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...