TERKINI :

Thursday, January 13, 2011

PETRONAS untung RAKYAT rugi...!!!

Petroleum: Hanya ikut naik tapi tak ikut turun bila harga pasaran turun 
Oleh Nazli Ibrahim  
 
PETALING JAYA: Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak yang memperolehi keuntungan berganda di atas kenaikan harga petroleum sekali gus membolehkan subsidi harga petrol di pasaran tempatan ditingkatkan.

Sudahlah harga minyak sentiasa mahal, kerajaan juga didapati tidak menurunkan harga petroleum di saat harga global bahan bakar mentah itu berada di paras terendah. 

Demikian menurut Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop dan Pensyarah Ekonomi, Profesor Dr Amir Hussin Baharudin ketika bercakap mengenai impak kenaikkan minyak terhadap ekonomi negara dan rakyat negara ini.


"Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat untung berganda," kata Prof Hamid kepada akhbar Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya lagi, ketika ini kerajaan negara ini tidak konsisten dengan pendirian menetapkan harga pasaran mengikut harga pasaran antarabangsa apabila menjual mahal ketika harga petroleum naik, tetapi tidak ikut turun apabila harga petroleum di pasaran antarabangsa telah menurun.

Jelasnya, kebanyakan negara pengeluar petroleum lain menetapkan harga pasaran dalam negara mereka jauh lebih rendah berbanding harga pasaran antarabangsa berbanding Malaysia.

"Siapa pun faham ini membuktikan harga bahan berasaskan petroleum di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia.  Ketika harga petrol kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya RM0.16  sahaja seliter!

"Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.  Harga pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan liat untuk turun tetapi cepat naik bila harga pasaran antarabangsa naik," ujarnya.

Beliau juga memberitahu, menurut kajian formula tersebut, harga petrol dalam pasaran tempatan boleh diturunkan sehingga RM0.30 jka formula tersebut diaplikasikan.

"Malah (harga petrol tempatan) boleh diturunkan kepada 30 sen seliter jika menggunakan formula menurunkan harga petrol dan barang-barang yang sekali gus menghapuskan kemiskinan," katanya lagi.

Beliau turut berkata formula tersebut menjelaskan faktor Malaysia sebagai negara pengeluar petroleum yang menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah memperoleh keuntungan beganda setiap kali berlaku kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa. 

"Untuk memudahkan orang awam faham, kita ambil contoh minyak kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu haga sawit mentah RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000, kita untung atau rugi?  Sudah tentu untung tiga kali ganda.

"Begitu juga petroleum mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar petroleum dan menganggotai OPEC jika menjual kira-kira 700,000 tong sehari pada kadar AS$130 setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80-US$1 satu ketika dahulu).

"Ini bermakna perolehan setahun adalah AS$33 bilion iaitu melebihi RM126 bilion.  Dengan anggaran perolehan melebihi satu trilion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkan Malaysia menurunkan harga bahan apinya?," ujar beliau lagi.
Tindakan kerajaan tidak selari slogan Rakyat Didahulukan

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan menurunkan harga petrol kepada rakyatnya sekali gus membelakangkan slogan kerajaan, 'Rakyat didahulukan' yang digembar-gemburkan.

"Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah di dalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara.  Ini adalah hasil negara yang sepatutunya dinikmati rakyat," katanya lagi.
Menurut Prof Hamid Yeop walaupun formula ini tidak diterima oleh kerajaan sekarang, beliau mempelawa mana-mana pihak termasuk parti politik untuk berkongsi formula ini demi kesejahteraan rakyat terbanyak negara ini.

"Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamnya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini," menurutnya.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharudin turut melahirkan pandangan yang sama.

“Kalau bahan petroleum naik, sepatutnya menguntungkan Petronas kerana kita negara pengeluar yang menjual minyak mentah ke pasaran dunia.

“Lagipun jika harga pasaraneum naik, permintaan tidak akan turun. Harga dalam Malaysia sepatutnya ditetapkan berdasarkan kos Petronas. Perubahan harga minyak di luar bukan semata-mata alasan untuk menaikkan harga,” katanya semalam.

Pas, PR sambut baik pelawaan kongsi formula


Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi hari ini menyambut baik pelawaan ahli-ahli akademik untuk berkongsi formula dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi meringankan beban rakyat.

"Sudah tentu kami Pas dan PR menyambut baik pelawaan mana-mana ahli akademik untuk berkongsi formula, lebih-lebih lagi jika kita berjaya mentadbir negara dalam PRU-13.

"Saya juga ucapkan syabas kepada ahli-ahli akademik ini.  Ini bukan soal mereka menyebelahi pembangkang atau pun 'mileage' politik bagi PR, tetapi ini soal kebajikkan rakyat yang semakin ditekan dengan peningkatan kos hidup," beritahu Ustaz Idris.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...