TERKINI :

Thursday, January 13, 2011

MB gembira, pelajar Insaniah berani bersuara!



ALOR SETAR, 12 Januari – “Saya cukup gembira dengan tunjuk perasaan itu dan saya nak latih mereka untuk bercakap dan saya juga berterima kasih kepada mereka”.

Itulah penjelasan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai tunjuk perasaan secara aman yang dilakukan oleh 2,000 penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini semalam.

Menurutnya, mereka tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan Kerajaan Negeri memahami pendirian mereka kerana kampus baru KUIN sedang dibina di Kuala Ketil.


“Saya tahu kebocoran berlaku di sana sini kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi di mana perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur di KUIN diambil daripada wang pembayaran pengurusan penuntut KUIN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini.

Menteri Besar menegaskan, penuntut-penuntut KUIN adalah terdiri daripada penuntut yang paling hebat dan beliau turut meminta pihak KUIN menyemak semula yuran yang dikenakan ke atas penuntut KUIN.

“Setiap seorang penuntut KUIN turut menerima elaun poket sebanyak RM1,150 dan satu semester, mereka menerima sebanyak RM1,000,” ujarnya.

Semalam, lebih 2,000 penuntut KUIN di sini mengadakan perhimpunan secara aman bagi menuntut pentadbiran kolej yang dimiliki Kerajaan Negeri menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kebajikan pelajar.

Demonstrasi bersempena Himpunan Mega Mahasiswa itu diadakan bagi menuntut pelbagai isu berkaitan yang dikatakan menghimpit penuntut sebelum ini.

Perhimpunan itu dihadiri Rektor KUIN, Dato’ Dr. Jamil Osman dan Timbalan Rektor KUIN, Prof. Dr. Zakaria Man.

2 comments:

Anonymous said...

Syabas untuk pengurusan KUIN yang boleh mendengar rungutan pelajar tanpa mengambil tindakan/ugutan kepada pelajarnya.

Lah Kola said...

Nak cari mampus ambil tindakan kat pelajar. Depa ni ada kuasa pelanggan. Duit tabung depa pun Kuin dok pakai bayaq gaji staf.

Rektor sendiri pun habaq, " Saya tak takut dengan staff Kuin. Saya takut dengan students."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...