
Novelis terkenal tanah air, Azizi Abdullah berkata, seseorang penulis tidak pernah menulis untuk menjadikan karyanya sebagai buku teks di sekolah, sebaliknya mereka menulis hanya untuk tatapan pembaca umum.
Penulis novel Seorang Tua di Kaki Gunung ini berkata, novel yang layak dijadikan buku teks perlulah mempunyai nilai perpaduan, tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama, serta kaya nilai yang membina bangsa.
“Ia juga perlu menepati beberapa ciri kesusasteraan yang bersifat perpaduan dan juga tidak menyinggung mana-mana pihak.
“Selain itu, novel yang mahu dijadikan buku teks juga perlu mempunyai ciri-ciri mendidik pelajar yang akan menggunakan buku tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ketika ditanya adakah novel :Interlok :layak dijadikan teks Komsas, Azizi berkata, karya tersebut menepati ciri-ciri novel yang boleh membina bangsa.
No comments:
Post a Comment