TERKINI :

Thursday, January 13, 2011

DPPP : "Debat janji 100 Hari Pakatan Rakyat"

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Pusat
"Debat janji 100 Hari Pakatan Rakyat"

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia sememangnya telah merancang untuk menganjurkan Forum Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat antara Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat pada 18 january 2011 di Chinese Assembly Hall KL pada jam 9.30 malam.

2. Sehingga kini pihak Dewan Pemuda PAS belum mendapat kesanggupan dari pihak UMNO dan BN. Maka saya berharap Yb Khairy Jamaludin yang kini beria - ia benar mahu mendebatkan janji 100 Hari kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menjadi panel forum tersebut. Adapun Anwar Ibrahim, biarlah ia berdepan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.



3. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar surat rasmi kepada beliau esok. Pihak kami sangat memerlukan pandangan dari pihak UMNO dan BN terhadap Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat apabila menerima mandat sebagai kerajaan kelak.

4. Forum ini adalah untuk mencari kebenaran bukan mencari publisiti murahan jauh sekali untuk bertegang urat. Sebaliknya ia adalah medium yang disediakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk mengemukakan hujjah dan idea yang bernas serta ruang kritikan atau pandangan kedua terhadap Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

5. Orang ramai dijemput hadhir.


Nasrudin Hj Hasan At-tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...