TERKINI :

Monday, January 31, 2011

Bila Ke Hospital Jangan Lupa Dongak Siling...Ada Hantu!!!!

Oleh: JR

Kalau korang kerja kat hospital atau ada rakan atau saudara yang kerja di hospital, cerita ada tempat-tempat tertentu di hospital yang berhantu memang cerita biasa. Hantu-hantu ni bukan saja kelihatan dekat bilik mayat, dekat stor simpan barang, dekat bilik x-ray, malah dalam wad. Serammmm...Hantu-hantu ni pula hadir dalam pelbagai bentuk tapi yang paling popular ialah dalam bentuk pompuan sama ada bersendirian atau dengan anaknya.

Mengapa hantu-hantu ni suka sangat menyerupai pompuan tak taulah, kalau nak tau korang kena pergi interview hantu-hantu tu sendiri, tanya mereka mengapa mereka kurang minat jadi lelaki atau pondan?


Dan hantu-hantu ni juga boleh berada di setiap sudut hospital: di atas lantai, terapung di udara, malah tersengih di siling hospital!!

Yang nak JR kongsi dalam entry ni kali ni kisah yang entah kerja hantu tulen atau bukan hantu tulen, tapi bagi JR ia tetaplah hantu. Sebelum bercerita lanjut baca berita ni dulu:

SERDANG - Tidak diketahui apa puncanya, siling lobi utama Hospital Serdang yang berukuran 10 meter tiba-tiba terjatuh dan nyaris menghempap sembilan orang yang berada di situ semalam. Nasib baiklah sembilan orang awam itu sempat mengelak apabila siling tempat mereka berdiri tiba-tiba terjatuh.
(Sumber: Kosmo)

Ada hantu tolak siling sampai jatuh di Hospital Serdang?

Kalau JR tanya korang: mengapa siling Hospital Serdang runtuh semalam, apa pendapat korang? Sebenarnya ni bukan kali pertama siling hospital runtuh kerana sebelum ni 20 keping siling Hospital Sungai Petani juga pernah runtuh. Malah dalam satu kejadian di Hospital Batu Gajah tahun lepas menyebabkan kepala seorang bayi cedera akibat di timpa siling hospital.

Kalau JR katakan siling di hospital-hospital tu runtuh kerana ditolak oleh hantu @ roh-roh jahat korang percaya tak?

Bagi JR, ni semua memang kerja hantu. Jika sudah banyak berlaku siling runtuh di beberapa hospital kerja sapa lagi, jika bukan kerja hantu?

Cuma JR lebih percaya hantu yang menyebabkan siling hospital-hospital tu runtuh merupakan hantu yang hidup, bukan hantu jelmaan manusia yang sudah mati. Hantu-hantu ni berpakaian segak, mungkin ada hubungan dengan tokoh politik, ada kereta mewah, rumah mewah dan isteri gebu berfesyen mewah. Hantu-hantu hidup ni ialah kontraktor-kontraktor yang membina bangunan secara cuai untuk mendapat keuntungan lebih. Jika mereka manusia, mereka akan memastikan kumpulan jurutera dan pekerja yang membina hospital menjalankan kerja berhati-hati dengan mengambilkira keselamatan pengguna. Tapi mereeka adalah satu spesis dengan hantu yang hanya berfikir tentang diri sendiri, keseronokan sendiri, kemewahan sendiri. Biar orang mampus asal aku dapat untung juta-juta!! Hantu betul kontraktor-kontraktor ni!!!!

Lepas ni kalau korang ke hospital, jangan lupa mendongak ke siling, manalah tau kepala korang telah dipilih oleh hantu siling untuk jatuh ke atasnya!!

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...