TERKINI :

Monday, January 31, 2011

Ahli PAS jangan emosi tanpa ilmu, tegur Tuan Ibrahim

Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu.

Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan.

“Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali,” ujarnya lagi.

Semalam, dalam pilihan raya kecil Tenang, calon PAS Normala Sudirman tewas kepada calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakala Azahar memperolehi 6,699 undi.

Sokongan kuat terhadap Zahar datang daripada tiga gugusan Felda di kawasan itu, yang lazimnya secara tradisi menyokong BN.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim hari ini menyeru seluruh jentera PAS menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu BN.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bila mana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ia termasuk kawasan Felda,” katanya yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di Tenang.

5 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

KedahLaNie said...

jika macam dulu UMNO BN akan senyum sampai PAS berkuboq sebab bila ada election pertandingan akan ada banyak penjuru dan yg menang itu adalah BN

sekarang apa tidak kenanya dgn DAP dan PKR... yg susah hati tentang kawan 3 sahabat ini ialah puak BN tapi kenapa pulak yg susah hatinya anda..

cuba huraikan sikit nak tahu apa tak kenanya dengan DAP & PKR????

tengala said...

Admin jangan layan sangat mamat nie...jika beliau nak PAS yang dulu boleh pergi kat Kelantan..sana ada Parti PAS baru yang tolak kerjasama PAS dengan PKR dan DAP..kenapa masih lagi dok kutuk PAS la nie...kan sudah ada..join sajalah..cakap lebih2 pulak...Lagi bagus kau sokong UMNO terang2 Parti Orang Melayu...

Tun Samad said...

kita bukan nak gadai prinsip perjuangan kita..kita tetap memperjuangkan sebuah daulah islamiah... cuma secara logiknya kita memerlukan sokongan yang lebih kuat.Persahabatan dengan parti bukan islam contohnya mungkin akan membuka ruang kepada mereka untuk memahami Islam itu sendiri kerana selama ini mereka prejudis terhadap parti Islam. Contoh jelas ialah apabila isu 'salam' dibangkitkan oleh MCA...yang menjawabnya ialah sahabat dari DAP dan PKR yang bukan Islam. Walaupun kalah...tetapi PAS berjaya memberi kefahaman tentang hukum Islam kepada rakan-rakannya melalui contoh yang baik.

MCA tak paham kerana pemimpin UMNO banyak bersalam dengan perempuan.Selepas isu ini, kalau terus bersalam juga kira terukla..

fawwaz said...

salam,

Kurang jelas apa yang tungkaran hati maksudkan perjuangan PAS telah tersasar jauh...apa yang tersasar????? kalau dulu non-muslim dengaq pasi hudud pun kecut....la depa pulak boleh tolong sokong....kalau dulu nak pijak masjid pun depa tak berani la ni depa dah mula jinak dengan masjid....Islam bukan exsklusif untuk melayu tapi islam untuk semua kaum..berkawan dengan DAP sekuran-kurangnya PAS telah dapat melebarkan dakwahnya kepada non-muslim...sama ada mereka merima Islama atau tidak itu hidayah dari Allah s.w.t. Yang menjadi hairanya ialah mengapa kita takut bila non-muslim mula mempelajari Islam....
Satu lagi yang aku hairan apa kena-mengena dengan TG Nik Aziz plak....Perjuangan PAS bukan perjuangan TGNA tapi pejuangan seluruh umat Islam yang cintakan agamanya...Jika apa yang TGNA cakapkan itu benar dan tidak meyalahi agama mengapa kita perlu marah. Sebenarnya hanya UMNO dan orang-orang yang hatinya masih melekat dengan UMNO yang marahkah cara TGNA....meraka takut kehilangan kuasa...bukan kerana mereka sayangkan Islam, tetapi mereka sentiasa berlindung dengan nama Islam. Tunjukakanlah contoh pemimpin-pemimpin BN mana yang kita nak rujuk dalam hal-ehwal agama Islam....Shahrizat jalil? Muhyidin Yassin? Najib Razak? Rais Yatim? atau pakat-pakat p rujuk kat SOI LEK.....
Fikirlah dengan akal dan rujuklah dengan quran serta hadis serta dampinglah Alim-alim ulamak yang jujur dengan agamanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...