Oleh BADRUL HISHAM SHAHARIN
TANGGAL 4 Mei, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mula mengumpul dukungan pertubuhan anak muda dan mahasiswa untuk sama memperakui satu memorandum yang akan dihantar ke Bukit Aman pada 7 Mei 2012.
Memorandum itu berkenaan dengan desakan untuk PDRM segera mengambil tindakan terhadap anggota mereka yang terlibat dengan jenayah dan salah laku pada 28 April 2012 ketika mengendalikan Himpunan Rakyat terbesar dalam sejarah negara iaitu Bersih 3.0 Jemputan kepada media telah dibuat kepada media dan pihak PDRM seawal Ahad (6 Mei).
Namun pada pagi Isnin (7 Mei) kami dimaklumkan beberapa front Umno secara bertungkus lumus saat akhir cuba mengumpulkan orang untuk kononnya berdiri terpacak depan Bukit Aman untuk membaca ikrar taat setia.
Sesuatu yang pelik dan mengundang senyuman sinis.
Sebenarnya tidak lain dan tidak bukan cuma mahu mengganggu proses penghantaran memorandum yang kami rancang.
Mengetahui perancangan mereka yang mahu mencipta suasana pergaduhan maka kami membuat keputusan untuk pergi dengan bilangan kecil yang lebih sedikit untuk mengelakkan pertembungan dan mahu menumpukan kepada isu sebenar.








ALOR SETAR - Singapura sedang meninjau potensi pelaburan di Kedah dalam sektor pertanian, industri dan pelancongan.
ALOR SETAR
- Orang ramai berpeluang menyaksikan kira-kira 100 spesis ular
sempena pameran ular “Bisa Berbisa” dari 6 Mei hingga 6 Jun di Muzium
Negeri Kedah, di sini.

KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua guru yang berjasa besar kepada negara,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.